Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERJUMPAAN PEMERINTAH TLDB DENGAN ANGGOTA INTEK 176 – TEKANKAN NILAI TERAS DAN DISIPLIN

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, SELASA, 8 JULAI 2025 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Yang Mulia Kepten Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, TLDB, hari ini telah mengadakan sesi perjumpaan bersama 9 orang anggota baru Pengambilan Intek 176 TLDB yang telah melapor diri pada 12 Mei 2025, selepas menamatkan latihan rekrut di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir adalah Pegawai Memerintah Sekolah Latihan Laut, Leftenan Komander Mohammad Samsul bin Awang Rosman, TLDB dan Penolong Pegawai Memerintah Latihan Laut, Leftenan Madya Dk Norarifah binti Pg Haji Bahar, TLDB.

Sesi ini merupakan sebahagian daripada program induksi anggota - anggota tersebut, di mana Yang Mulia Pemerintah TLDB menekankan kepentingan disiplin, komitmen, serta penghayatan terhadap Nilai Teras ABDB iaitu Setia, Takwa, Berani dan Profesional. Beliau turut mengingatkan anggota baharu akan tanggungjawab besar mereka dalam menyokong misi TLDB serta mengekalkan standard tinggi yang dituntut oleh ABDB.

Perjumpaan ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam membentuk anggota yang profesional, berintegriti dan berdaya saing dalam mempertahankan kedaulatan Negara. 

----------

Commander RBN Engages with New RBN Personnel Intake 176 on Discipline and Core Values

Muara Naval Base, Tuesday, 8 July 2025 – Yang Mulia Captain Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), held an engagement session with nine new personnel from RBN Intake 176 today, who reported for duty on 12 May 2025 after completing their recruit training at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Training Institute. Also in attendance were Officer Commanding Navy Training School, Lieutenant Commander Mohammad Samsul bin Awang Rosman, RBN and Second-in-Command Navy Training School, Lieutenant Junior Grade Dk Norarifah binti Pg Haji Bahar, RBN.

The session served as part of their induction program, during which Yang Mulia The Commander RBN emphasized the importance of discipline, commitment, and the upholding of RBAF’s Core Values – Loyalty, Piety, Courage, and Professionalism. 
He also reminded the new sailors of their critical role in supporting RBN’s mission and maintaining the high standards expected of RBAF personnel.

The gathering reflected RBN’s continued commitment in shaping professional and value-driven naval personnel, ready to contribute effectively to national maritime defence.