MUARA, KHAMIS, 3 JULAI 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menganjurkan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat TLDB bagi Tahun 1447H / 2025M sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64. Majlis yang berlangsung selama dua hari di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut dibukakan penyertaannya kepada semua warga TLDB dan disertai seramai tujuh orang peserta yang dinilai oleh empat orang jemaah hakim dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT ABDB).
Hari pertama merupakan sesi pusingan saringan yang turut dihadiri oleh Komander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Komandan Latihan Laut, selaku Tetamu Kehormat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para Qari dan Qariah, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Majlis pada hari kedua adalah majlis penyampaian hadiah kepada peserta-peserta Musabaqah Tilawah Al-Quran dan dihadiri oleh Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei selaku Tetamu Kehormat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan pengumuman pemenang bagi kedua-dua kategori Qari dan Qariah.
Bagi kategori Qari, johan dimenangi oleh Bintara Abdul Azim bin Ahmad Fadzillah, diikuti dengan Laskar Kanan Mohamad Asmawi bin Haji Yakub di tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Bintara Mohammad Aizuddin bin Haji Sanif.
Sementara itu, bagi kategori Qariah, Bintara Hasnah binti Tuah telah meraih tempat pertama, diikuti dengan Laskar Kanan Rabiah binti Ibrahim di tempat kedua dan Laskar Muda Nur Adlin Fadhlina binti Nor Muhammadi di tempat ketiga.
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Qari dan Qariah terbaik, sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hadiah penghargaan oleh Tetamu Kehormat kepada para jemaah hakim dan peserta, serta bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Huda, Abdul Afiq Halim.
-------
ROYAL BRUNEI NAVY HOLDS MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN IN CONJUNCTION WITH THE 64TH ANNIVERSARY OF RBAF
MUARA, THURSDAY, 3 JULY 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) successfully held RBN-level Musabaqah Tilawah Al-Quran for the year 1447H / 2025M in conjunction with the 64th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The two-day event, which took place at Nakhoda Hall, Naval Training Centre, was open to all RBN personnel and saw the participation of seven reciters evaluated by a panel of four esteemed judges from the Religious Directorate of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT RBAF).
The first day featured the preliminary round and was graced by Commander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, Commandant of Naval Training, as the Guest of Honour. The session began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by recitations from participating Qari and Qariah, and concluded with a Doa Selamat.
The second day was dedicated to the award giving ceremony attended by Captain Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Commander of the Royal Brunei Navy. The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the announcement of winners.
Qari Champion was won by Petty Officer Abdul Azim bin Ahmad Fadzillah; Runner-up was won by Leading Hand Mohamad Asmawi bin Haji Yakub and third place was won by Petty Officer Mohammad Aizuddin bin Haji Sanif.
The Champion for Qariah was won by Petty Officer Hasnah binti Tuah; Runner-up Leading Hand Rabiah binti Ibrahim and third place was won by Able Rate Nur Adlin Fadhlina binti Nor Muhammadi.
Afterwards, recitations were delivered by the top Qari and Qariah, and concluded with the presentation of souvenirs and prizes by the Guest of Honour to the panel of judges and contestants followed by a Doa Selamat recited by Imam Surau Al-Huda, Abdul Afiq Halim.