BANDAR SERI BEGAWAN, AHAD, 6 JULAI 2025
– Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Laut Diraja Brunei (BAKTI TLDB) telah berjaya menganjurkan acara Perhimpunan dan Fun Bowling 2025 yang menghimpunkan para isteri warga TLDB untuk sama-sama menikmati hari yang penuh keceriaan, aktiviti santai dan kenangan bermakna.
Acara dimulakan dengan kehadiran ahli-ahli BAKTI di Utama Bowling Center, Batu Satu, disusuli dengan sesi bergambar ramai sebagai kenangan. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan seterusnya perlawanan boling yang menceriakan suasana dan mengeratkan lagi kemesraan sesama peserta.
Seramai 50 orang ahli BAKTI TLDB telah menghadiri untuk memeriahkan acara. Turut hadir adalah isteri kepada Pemerintah TLDB, Haniwati binti Hj Bakar, selaku Ketua BAKTI TLDB, Suryanti binti Haji Mohammad Noor, Timbalan Ketua BAKTI, Dr. Hajah Dayang Suzana binti Haji Awang Adenan, Mantan Pemangku Ketua BAKTI, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.
Selesai aktiviti boling, para ahli BAKTI bergerak ke Restoran All Seasons untuk menikmati jamuan tengah hari. Sebelum menjamu selera, bacaan doa makan dibaca, diikuti dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan sumbangan. Acara diakhiri dengan sesi penukaran hadiah dikalangan ahli-ahli BAKTI.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan BAKTI TLDB dalam memupuk kesejahteraan, perpaduan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan isteri anggota TLDB, sambil menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.
———
ROYAL BRUNEI NAVY WIVES WELFARE BODY (BAKTI) CONDUCTS GATHERING AND FUN BOWLING 2025
BANDAR SERI BEGAWAN, SUNDAY, 6 JULY 2025 – The Royal Brunei Navy Wives Welfare Body (BAKTI) successfully held a Gathering and Fun Bowling 2025, bringing together spouses of Royal Brunei Navy personnel for a day of engaging activities, laughter, and shared memories.
The event began with the arrival of BAKTI members at Utama Bowling Center, Batu Satu, followed by a group photo session. The program continued with a prayer recitation, and then enthusiastically took part in friendly bowling matches that sparked joy and healthy competition among the attendees.
A total of 50 members from the BAKTI Navy attended the event including the spouse of Commander RBN, Haniwati binti Hj Bakar, the Head of BAKTI RBN, Suryanti binti Haji Mohammad Noor, Deputy Head of BAKTI RBN, and Former Acting Head of BAKTI, Dr. Hajah Dayang Suzana binti Haji Awang Adenan, along with by other members of BAKTI.
After bowling, the group made their way to All Seasons Restaurant for lunch. Before the meal, a prayer was recited, followed by a short appreciation segment where tokens of appreciation were presented to selected individuals. The afternoon ended on a cheerful note with a gift exchange among the BAKTI members.
The event was part of BAKTI’s ongoing initiatives to foster well-being, unity, and morale among Navy spouses while promoting a healthy and active lifestyle.