PANGKALAN TENTERA LAUT CHANGI, REPUBLIK SINGAPURA – Dua orang pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Leftenan Muhammad Ajrullah bin Rosli,TLDB, dan Leftenan Muhammad Rawandi bin Moksin, TLDB telah berjaya menamatkan Kursus Minehunting Officer’s Course Ke-34 (MHOC) yang berlangsung di Naval Warfare School, RSS Singapura, dari 12 Jun hingga 3 Julai 2025.
Kursus ini turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Tentera Laut Republik Singapura, Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL), Tentera Laut Republik Rakyat China dan Tentera Laut Jerman. Kursus ini merangkumi latihan mendalam dalam peperangan Mine Hunting, operasi countermeasure, perancangan strategik dan penilaian ancaman. Latihan ini turut memperkukuh kefahaman teori dan kesiapsiagaan operasi serta menjalin hubungan profesional antara angkatan laut yang terlibat.
Leftenan Muhammad Ajrullah bin Rosli telah dianugerahkan Best International Officer Award — satu pencapaian yang membanggakan dan mencerminkan komitmen beliau sepanjang kursus.
Kejayaan menamatkan MHOC bukan sahaja memperluaskan ilmu pegawai-pegawai TLDB, malah turut menyumbang kepada pengukuhan kerjasama dan hubungan serantau antara angkatan laut dari pelbagai negara.
-------
RBN Officers Complete 34th Minehunting Officer’s Course at Changi Naval Base
CHANGI NAVAL BASE, REPUBLIC OF SINGAPORE – Two Royal Brunei Navy (RBN) officers, Lieutenant Muhammad Ajrullah bin Rosli, RBN, and Lieutenant Muhammad Rawandi bin Moksin, RBN have recently completed the 34th Minehunting Officer’s Course (MHOC) at the Naval Warfare School, RSS Singapura, Changi Naval Base, held from 12 June to 3 July 2025.
The course brought together officers from the Republic of Singapore Navy, Indonesian Navy, People's Liberation Army Navy, and German Navy, focusing on mine warfare, countermeasures operations, strategic planning, and threat assessment. The training aimed to deepen theoretical understanding and operational readiness while fostering professional ties among participating navies.
Lieutenant Muhammad Ajrullah bin Rosli was awarded the Best International Officer Award — a commendable recognition for his dedication and performance throughout the course.
The successful completion of the MHOC not only broadened the officers’ knowledge but also contributed to strengthening regional naval cooperation and interoperability for RBN.