Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 1447 HIJRAH

Surau Al-Huda, Pangkalan Muara TLDB | Khamis, 26 Jun 2025 - Dengan penuh kesyukuran, warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menyambut kedatangan tahun baharu Islam 1447 Hijrah melalui Bacaan Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah dan Doa Awal Tahun 1447 Hijrah malam tadi. Sambutan ini bersempena dengan Ilal Hijrah peringkat kebangsaan yang diadakan serentak di masjid-masjid, surau dan dewan-dewan ibadah di seluruh negara. Bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), majlis turut diraikan di semua surau ABDB termasuk di Surau Al-Huda bagi peringkat TLDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah, diikuti dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, Doa Awal Tahun 1447 Hijrah, Solat Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Solat Fardhu Isya berjemaah.

Hadir pada majlis tersebut ialah Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei selaku Pegawai Terkanan majlis. Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota TLDB.

Sambutan Ilal Hijrah tahun ini membawa tema "Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan", yang mengajak umat Islam untuk menghayati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah — suatu titik penting dalam sejarah Islam yang melambangkan pengorbanan, keimanan dan perubahan ke arah kebaikan bagi mencapai ganjaran yang masyhur dan cemerlang.

Dengan meraikan majlis keagamaan peringkat kebangsaan ini, TLDB terus memperkukuhkan jati diri rohani dan nilai murni dalam kalangan warganya serta menyemarakkan perpaduan pada permulaan tahun Hijrah yang baharu.

----

Royal Brunei Navy Welcomes the Islamic New Year 1447 Hijrah

Surau Al-Huda, Muara Naval Base | Thursday, 26 June 2025 - With heartfelt gratitude, the Royal Brunei Navy (RBN) ushered the arrival of the new Islamic year 1447 Hijrah through the observance of Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah and Doa Awal Tahun 1447 Hijrah. The celebration, held in conjunction with the nationwide Ilal Hijrah observance, took place across mosques, suraus, and religious halls throughout the country. For the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), the event took place at all RBAF suraus, including Surau Al-Huda for Royal Brunei Navy personnel. 

The programme commenced with the recitation of Doa Akhir Tahun 1446 Hijrah, followed by the congregational Maghrib prayer, Doa Awal Tahun 1447 Hijrah, Solat Sunat Hajat, recitation of Surah Yasin, and the congregational Isya prayer.

Present at the ceremony was Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, Deputy Commander of the Royal Brunei Navy, as the senior officer of the event. He was joined by senior officers, officers, and RBN personnel.

This year’s Ilal Hijrah carries the theme "Semarak Hijrah Mencapai Kecemerlangan Yang Mampan" (Igniting the Spirit of Hijrah Towards Sustainable Excellence), encouraging Muslims to reflect on the historic Hijrah of Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him) from Makkah to Madinah—a pivotal event in Islamic history symbolising sacrifice, faith, and transformation toward lasting success.

Through its participation in this national religious observance, the Royal Brunei Navy continues to strengthen the spiritual identity and core values of its personnel, while fostering unity at the dawn of the new Hijrah year.