MUARA, SELASA, 24 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Joyful Kids Montessori yang melibatkan seramai 74 orang pelajar dan 17 orang guru pengiring pada sesi pagi dan seramai 50 orang pelajar serta 17 guru pengiring untuk sesi lawatan petang.
Tujuan lawatan ini adalah bagi memperkenalkan TLDB secara amnya, khususnya dari segi peranan dan fasiliti yang dimiliki. Ia juga bertujuan sebagai tanda aras awal kepada golongan belia dalam memupuk pengetahuan, membangkitkan semangat, dan mencetuskan idea-idea bernas ke arah pembangunan diri dan negara.
Setiap sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pegawai TLDB bertempat di Dewan Samudera TLDB, diikuti dengan tayangan video korporat dan persembahan dari Pejabat Pancaragam TLDB. Rombongan turut berpeluang bergambar ramai sebagai kenang-kenangan serta menikmati jamuan ringan yang disediakan.
Lawatan turut dimeriahkan dengan pameran statik yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Pangkalan dan Grup Tindak Permukaan Laut, yang menampilkan aset serta keupayaan jabatan masing-masing. Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke kapal KDB DARUSSALAM dan KDB DARULAMAN untuk sesi lawatan kapal bagi pengenalan ringkas mengenai sistem dan fungsi utama kapal-kapal tersebut.
Pengalaman ini diharapkan dapat membuka minda serta memberi inspirasi kepada para pelajar terhadap dunia ketenteraan laut. Lawatan seumpama ini dihasratkan dapat menyemai minat generasi muda terhadap kerjaya dalam bidang ketenteraan laut serta meningkatkan kefahaman mereka mengenai peranan TLDB dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.
———
ROYAL BRUNEI NAVY RECEIVES VISIT FROM JOYFUL KIDS MONTESSORI SCHOOL
MUARA, TUESDAY, 24 JUNE 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) received a visit from Joyful Kids Montessori School, comprising 74 students and 17 accompanying teachers for the morning session, and 50 students with 17 accompanying teachers in the afternoon session.
The purpose of the visit was to introduce the RBN in general, particularly its roles and facilities. It also served as an early exposure for the younger generation to cultivate knowledge, inspire enthusiasm, and spark innovative ideas for personal and national development.
Each session began with a welcoming address by a RBN officer at Dewan Samudera, RBN, followed by a corporate video presentation and a band performance by the RBN Band. The students and teachers also had the opportunity to take a group photo as a memento and enjoyed light refreshments.
The visit continued with a static exhibition conducted by the Base Defence Department and the Naval Surface Action Group, showcasing each department’s assets and capabilities. The group was then brought on board KDB DARUSSALAM and KDB DARULAMAN for a ship tour and a brief introduction to the main systems and functions of the vessels.
This experience aimed to broaden the students’ perspectives and inspire them towards the maritime military field. Such visits are hoped to instill interest in naval careers among the younger generation and enhance their understanding of the RBN’s role in safeguarding the sovereignty of the nation's waters.