Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY ORGANISES MINDEF SENTUHAN KASIH RAMADHAN CEREMONY FOR 173 ORPHANS

JERUDONG, THURSDAY, 12 MARCH 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) organised the Ministry of Defence’s Sentuhan Kasih Ramadhan Ceremony 1447H/2026M in embracing the spiritual values and blessings of the holy month of Ramadhan. The ceremony was held in remembrance of the service and sacrifices of personnel who have passed while in service, and saw donations presented to 173 orphans comprising 115 children of military personnel and 58 children of civilian personnel under the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The meaningful ceremony was held at Dewan Al-Barakah, Parkview, Jerudong, and was graced by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, accompanied by Datin. Also present were Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and Datin, as well as First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, Commander of the Royal Brunei Navy, and spouse. Senior leadership from the Ministry of Defence, the RBAF and the Royal Brunei Navy, along with other senior military and civilian officers, were also present at the ceremony.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah led by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Japar, Acting Director from the Religious Directorate of RBAF (JAMA’AT). The ceremony continued with the presentation of donations to the orphans, which formed the highlight of the event.

Held annually, the Sentuhan Kasih Ramadhan Ceremony reflects the Royal Brunei Navy’s commitment to honouring the sacrifices of personnel who have served the nation while extending continued care and support to their bereaved families. Donations collected from the RBAF Welfare Fund, contributions from BAKTI RBAF, contributions from Ministry of Defence and RBAF personnel, as well as funds from RBAF suraus were distributed to help ease the burdens of the orphans. Through such initiatives, the Royal Brunei Navy continues to uphold the values of compassion, unity and solidarity within the defence community, ensuring that the families of those who have served remain cared for and remembered.

A similar ceremony was held concurrently at Dewan Nikmat, Penanjong Garrison, with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif, Deputy Commander of the RBAF, and Datin, as the Guest of Honour, accompanied by Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Defence.

———

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGANJURKAN MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN BAGI 173 ANAK YATIM

JERUDONG, KHAMIS, 12 MAC 2026 – Di keberkatan bulan suci Ramadhan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan 1447H/2026M Peringkat Kementerian Pertahanan bagi mengenang jasa serta pengorbanan anggota yang telah kembali ke rahmatullah semasa dalam perkhidmatan. Majlis tersebut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada 173 orang anak yatim yang terdiri daripada 115 orang anak yatim warga tentera dan 58 orang anak yatim warga awam di bawah Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis penuh bermakna itu telah diadakan di Dewan Al-Barakah, Parkview, Jerudong dan diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, bersama Datin. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, bersama Datin, serta Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, bersama isteri. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan ABDB dan pegawai-pegawai kanan awam yang lain.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Japar, Pemangku Pengarah daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang merupakan acara kemuncak majlis.

Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan yang diadakan setiap tahun ini mencerminkan komitmen Tentera Laut Diraja Brunei dalam menghargai jasa serta pengorbanan anggota yang telah berkhidmat kepada negara, di samping menzahirkan keprihatinan dan sokongan berterusan kepada keluarga yang ditinggalkan. Sumbangan yang diagihkan adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, sumbangan BAKTI ABDB, sumbangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB serta kutipan daripada surau-surau ABDB bagi membantu meringankan beban anak-anak yatim. Melalui inisiatif seumpama ini, Tentera Laut Diraja Brunei terus memupuk nilai keprihatinan, perpaduan dan solidariti dalam komuniti pertahanan, sekali gus memastikan kebajikan keluarga anggota yang telah berkhidmat kepada negara sentiasa diberikan perhatian.

Majlis yang sama diadakan secara serentak di Dewan Nikmat, Penanjong Garison, dengan kehadiran Yang Mulia Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif, Timbalan Pemerintah ABDB, dan Datin selaku tetamu kehormat dan diiringi oleh Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.​