BANDAR SERI BEGAWAN, KHAMIS, 12 JUN 2025 – Sempena Sambutan Jubli Intan Tentera Laut Diraja Brunei (JI TLDB), TLDB mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil khusus buat ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong pagi tadi.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Yang Mulia Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Badan Eksekutif TLDB, Pegawai-pegawai Kanan, serta Pegawai-pegawai dan anggota TLDB.
Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Guru Agama, Jabatan Agama ABDB, Yang Mulia Mas Ismandi bin Hassan.
Majlis tersebut adalah diantaranya lima Acara Keagamaan yang direncanakan sempena Sambutan JI TLDB iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Doa Kesyukuran, Aktiviti membersihkan Masjid-Masjid dan Aktiviti membersikan Tanah Perkuburan Islam yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Majlis keagamaan ini berkepentingan dalam mencerminkan identiti Brunei sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja (MIB), di mana nilai keagamaan sebati dengan tradisi dan urusan rasmi, termasuk dalam angkatan bersenjata.
Sempena Sambutan Jubli Intan TLDB, majlis ini bertujuan untuk memohon keberkatan serta keselamatan daripada Allah SWT, di samping memupuk kekuatan rohani, jati diri, dan perpaduan dalam kalangan warga TLDB.
---------
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 June 2025 – In conjunction with the Royal Brunei Navy (RBN) Diamond Jubilee Celebration, a Yaasin and Tahlil Recitation Ceremony was held this morning at the Royal Mausoleum for the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and for His Majesty’s late son Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim.
Present at the ceremony was the Commander of the Royal Brunei Navy, Yang Mulia Captain Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, along with members of the RBN Executive Committee, senior officers, officers, and personnel of the RBN.
The recitation of Surah Yaasin and Tahlil was led by the Religious Teacher from the Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Mas Ismandi bin Hassan.
This religious ceremony is one of five spiritual events planned in conjunction with the RBN Diamond Jubilee, which also includes a Khatam Al-Quran Ceremony, Doa Kesyukuran Ceremony, mosque cleaning campaign activities, and cemetery cleaning initiatives scheduled throughout the year.
Such religious events reflect Brunei’s national identity as a Malay Islamic Monarchy (MIB), where Islamic values are deeply integrated into tradition and official matters, including within the armed forces. The ceremony aims to seek blessings and protection from Allah SWT, while fostering spiritual strength, identity, and unity among the RBN personnel.

