BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 29 April 2026 – Thirteen (13) personnel from the Royal Brunei Navy (RBN), comprising four (04) officers and nine (09) other ranks, were among the recipients of the State Honorary Medals of Brunei Darussalam bestowed upon officers and personnel of the Ministry of Defence in conjunction with His Majesty’s 79th Birthday. Of the 13 RBN personnel, eight (08) were awarded the Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) and five (05) were awarded the Pingat Pahlawan Periwara (P.P.)
The Investiture Ceremony was held at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, officiated the ceremony as His Majesty’s personal representative. Also in attendance were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik and His Royal Highness Prince ‘Abdul Mateen.
Also present at the ceremony were Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Members of Council, Deputy Ministers, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Ambassadors, High Commissioners, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Head of Departments.
───
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGURNIAKAN PINGAT KEHORMATAN NEGARA KEPADA 13 WARGA TLDB SEMPENA HARI KEPUTERAAN KE-79 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 April 2026 – Seramai tiga belas (13) orang warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), terdiri daripada empat (04) pegawai dan sembilan (09) anggota lain-lain pangkat, adalah dalam kalangan penerima Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-79 tahun. Daripada jumlah tersebut, lapan (08) orang telah dianugerahkan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) manakala lima (05) orang telah dianugerahkan Pingat Pahlawan Periwara (P.P.).
Istiadat Pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyempurnakan istiadat tersebut. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Turut hadir di istiadat tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Hulubalang, Duta-Duta Besar, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Ketua-Ketua Jabatan.