MUARA NAVAL BASE, WEDNESDAY, 22 APRIL 2026 – The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, received a courtesy call from Lieutenant Commander Hasegawa Takeshi , the newly appointed Resident Defence Attaché of Japan to Brunei Darussalam. The visit forms part of Lieutenant Commander Hasegawa’s introductory engagements following his arrival in Brunei Darussalam on 22 March 2026.
Also present during the call was Lieutenant Commander Wada Toshifumi , Second Secretary (Officer in Charge of Defence Affairs) at the Embassy of Japan in Brunei Darussalam, who has served in Brunei Darussalam since 1 July 2022 and he is scheduled to conclude his tour of duty and depart Brunei Darussalam on 26 April 2026.
During the meeting, both sides reaffirmed the strong and longstanding defence relations between Brunei Darussalam and Japan, particularly in the maritime domain. Discussions focused on enhancing bilateral cooperation, including naval engagement, information sharing, and capacity building initiatives.
The Royal Brunei Navy expressed its appreciation for the contributions of Lieutenant Commander Wada during his tenure and welcomed Lieutenant Commander Hasegawa in his new appointment, expressing confidence in the continued strengthening of defence ties between both nations.
The courtesy call underscores the commitment of both countries to maintain close cooperation in ensuring maritime security and regional stability.
----------
KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI PERTAHANAN JEPUN KEPADA PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, RABU, 22 APRIL 2026 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, telah menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Komander Hasegawa Takeshi , Atase Pertahanan Jepun yang baharu dilantik ke Negara Brunei Darussalam. Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan Leftenan Komander Hasegawa berikutan ketibaan beliau ke Negara Brunei Darussalam pada 22 Mac 2026.
Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Leftenan Komander Wada Toshifumi, Setiausaha Kedua (Pegawai Hal Ehwal Pertahanan) di Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, yang telah berkhidmat di negara ini sejak 1 Julai 2022 dan dijadualkan menamatkan tempoh perkhidmatan beliau serta berlepas pulang ke Jepun pada 26 April 2026.
Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah mengesahkan semula hubungan pertahanan yang kukuh dan sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun, khususnya dalam domain maritim. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan kerjasama dua hala termasuk penglibatan angkatan laut, perkongsian maklumat serta pembangunan keupayaan.
Tentera Laut Diraja Brunei merakamkan penghargaan atas sumbangan Leftenan Komander Wada sepanjang tempoh perkhidmatan beliau serta mengalu-alukan pelantikan Leftenan Komander Hasegawa, sambil menyatakan keyakinan terhadap pengukuhan berterusan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam mengekalkan kerjasama erat bagi memastikan keselamatan maritim dan kestabilan serantau.