Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THREE RBN OFFICERS ABOARD KRI BIMA SUCI, INDONESIAN NAVY IN ASEAN CADET SAIL 2026

SURABAYA, 16 APRIL 2026 - Three (03) young Royal Brunei Navy (RBN) officers, 1534 Lieutenant Junior Grade Wan Afifi bin Wan Ali, 1723 Lieutenant Junior Grade Awangku Anis Hanafi bin Pengiran Omar Baki, and 1727 Lieutenant Junior Grade Ahmad Nazif bin Haji Yussof, participated in the ASEAN Plus Cadet Sail 2026 onboard KRI BIMA SUCI from 23 March to 16 April 2026.

The programme brought together over fifty (50) cadets and officers from ASEAN Plus, Indian Ocean Naval Symposium (IONS), and Western Pacific Naval Symposium (WPNS) member countries. Participating nations included Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, Cambodia, Canada, People’s Republic of China, France, Republic of India, Italy, Japan, Kenya, Republic of Korea, Laos, Malaysia, Mozambique, the Netherlands, Islamic Republic of Pakistan, Republic of the Philippines, Republic of Singapore, Democratic Socialist Republic of Sri Lanka, United Arab Emirates, Thailand, and Vietnam.

The programme was officiated by Rear Admiral Yayan Sofian, Assistant Chief of Naval Operations, in Surabaya, Indonesia. From Surabaya, KRI BIMA SUCI sailed to Jakarta, Belawan, and Colombo, Sri Lanka, covering a total of 29 days, comprising programme that involves 14 days ashore and 15 days at sea.

Held under the theme “Empowering Young Naval Leaders in Building Cooperation for Future Maritime Technology”, the programme provided exposure to sailing and navigation practices, anchorage procedures, and life at sea. Participants were also involved in community outreach activities, cultural exchanges, and the sharing of naval traditions among participating countries.

The participation of RBN officers reflects Brunei Darussalam’s continued commitment to strengthening maritime cooperation and building professional relationships at the junior officer level. 

TIGA PEGAWAI TLDB MENYERTAI ASEAN CADET SAIL 2026 DI ATAS KRI BIMA SUCI MILIK TNI-AL

SURABAYA, 16 APRIL 2026 - Tiga (03) orang pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), 1534 Leftenan Madya Wan Afifi bin Wan Ali, 1723 Leftenan Madya Awangku Anis Hanafi bin Pengiran Omar Baki, dan 1727 Leftenan Madya Ahmad Nazif bin Haji Yussof, telah menyertai ASEAN Plus Cadet Sail 2026 di atas kapal KRI BIMA SUCI dari 23 Mac hingga 16 April 2026.

Program ini menghimpunkan lebih lima puluh (50) kadet dan pegawai dari negara ASEAN Plus, Indian Ocean Naval Symposium (IONS), serta Western Pacific Naval Symposium (WPNS). Negara yang terlibat termasuk Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, Kemboja, Kanada, Republik Rakyat China, Perancis, Republik India, Itali, Jepun, Kenya, Republik Korea, Laos, Malaysia, Mozambique, Belanda, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Republik Singapura, Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Thailand dan Vietnam.

Program ini telah dirasmikan oleh Laksamana Muda Yayan Sofian, Penolong Ketua Operasi Tentera Laut, di Surabaya, Indonesia. Dari Surabaya, KRI Bima Suci telah belayar ke Jakarta, Belawan dan Colombo, Sri Lanka, merangkumi tempoh keseluruhan 29 hari, iaitu program yang melibatkan 14 hari di darat dan 15 hari di laut.

Bertemakan “Empowering Young Naval Leaders in Building Cooperation for Future Maritime Technology”, program ini memberikan pendedahan kepada aspek pelayaran, navigasi, prosedur berlabuh serta kehidupan di laut. Para peserta turut terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, pertukaran budaya serta perkongsian tradisi antara angkatan laut dari pelbagai negara.

Penyertaan pegawai TLDB ini mencerminkan komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuh kerjasama maritim serta membina hubungan profesional di peringkat pegawai muda. Penglibatan ini turut menyumbang kepada peningkatan persefahaman dan kerjasama jangka panjang antara angkatan laut serantau dan antarabangsa.