SERASA, FRIDAY, 27 MARCH 2026 – A total of 10 Royal Brunei Navy (RBN) personnel has successfully completed the intensive 11-week Advanced Marine and Weapon Engineering Career Course M1 2026.
The closing ceremony and certificate presentation was officiated by the Guest of Honour, 1127 Lieutenant Commander Mohammad Rafiuddin bin Haji Mohd Daud, RBN, Marine Engineer Officer, Support Service Headquarters. The ceremony was held at the Serasa Watermanship Complex, Royal Brunei Armed Forces.
The programme comprised five (5) Marine Engineers and five (5) Weapon Engineers, and forms part of the mandatory professional development pathway for RBN personnel within their respective specializations.
The programme was designed to strengthen both theoretical knowledge and practical competencies through structured classroom sessions and hands-on training conducted both ashore and onboard RBN platforms.
Throughout the course, participants were exposed to a comprehensive curriculum aimed at enhancing technical expertise, operational readiness, and professional standards in marine and weapon engineering disciplines. The integration of theory and practical application ensures that RBN personnel are well-prepared to meet the evolving demands of real-time naval operations.
During the course, the Overall Top Student award was presented to 52136 Leading Hand Muhammad Luqman Syafi bin Haji Muhamad in recognition of his outstanding performance. He achieved the highest overall results and demonstrated excellence across all modules, including sensor systems as well as practical assessments involving Start-Up, Shut Down, and System Operational Checks on weapon engineering systems.
This course reflects the Royal Brunei Navy’s continued commitment to developing highly skilled and competent personnel in support of its operational capabilities.
------
10 ANGGOTA TLDB MENAMATKAN KURSUS ADVANCED MARINE AND WEAPON ENGINEERING CAREER COURSE M1 2026
SERASA, JUMAAT, 27 MAC 2026 – Seramai 10 anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menamatkan Kursus Latihan Advanced Marine and Weapon Engineering Career Course M1 2026 yang berlangsung selama 11 minggu.
Majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, 1127 Leftenan Komander Mohammad Rafiuddin bin Haji Mohd Daud, TLDB, Pegawai Jurutera Marin, Markas Perkhidmatan Bantu. Majlis tersebut telah diadakan di Kompleks Sukan Air, Serasa, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Program ini melibatkan lima (5) anggota Jurutera Marin dan lima (5) anggota Jurutera Senjata, dan merupakan sebahagian daripada laluan kerjaya pembangunan profesional bagi anggota dalam bidang kepakaran masing-masing. Latihan ini dirangka untuk memperkukuh pengetahuan teori serta kemahiran praktikal melalui sesi pembelajaran berstruktur di dalam kelas serta latihan praktikal yang dijalankan di termasuk di dalam kapal TLDB.
Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan kepada kurikulum yang komprehensif bertujuan untuk meningkatkan kepakaran teknikal, kesiapsiagaan operasi serta standard profesional dalam bidang kejuruteraan marin dan senjata. Gabungan antara pembelajaran teori dan praktikal ini memastikan para graduan bersedia untuk memenuhi keperluan operasi TLDB yang semakin mencabar mengikut perubahan masa.
Sepanjang kursus ini juga, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 52136 Laskar Kanan Muhammad Luqman Syafi bin Haji Muhamad atas pencapaian cemerlang beliau. Beliau telah memperoleh keputusan keseluruhan tertinggi serta menunjukkan kecemerlangan dalam semua modul, termasuk sistem sensor serta penilaian praktikal melibatkan prosedur Start-Up, Shut Down dan System Operational Check bagi sistem kejuruteraan senjata.
Kursus ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam melahirkan anggota yang berkemahiran tinggi dan kompeten bagi menyokong keupayaan operasi TLDB.