MUARA, Saturday, 21 March 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) gathered in the early morning of Syawal to observe the Takbir Raya, followed by the Sunat Hari Raya prayers.
First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of RBN, along with RBN Executive Board members, senior officers, officers, and RBN personnel, were present at Surau Al-Huda, Muara Naval Base to recite the Takbir.
Following the prayers, the Commander of RBN, along with members of the RBN Executive Board, extended their warm Hari Raya greetings to officers and personnel on duty, recognising their commitment and dedication to service even during the festive season.
The celebration highlighted the significance of faith and togetherness, as members of the Royal Brunei Navy came together to commemorate this special day in the Islamic calendar.
———
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT SYAWAL 1447H DENGAN TAKBIR RAYA
MUARA, Sabtu, 21 Mac 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berkumpul pada awal pagi Syawal bagi mengalunkan Takbir Raya, diikuti dengan Solat Sunat Hari Raya.
Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah TLDB, bersama Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota TLDB hadir di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara bagi mengalunkan takbir.
Sejurus selepas solat, Pemerintah TLDB bersama ahli Badan Eksekutif TLDB telah menyampaikan ucapan Hari Raya kepada pegawai dan anggota yang bertugas, sebagai penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas walaupun semasa musim perayaan.
Sambutan ini mencerminkan kepentingan nilai keimanan dan kebersamaan, apabila warga Tentera Laut Diraja Brunei bersama-sama memperingati hari yang istimewa dalam kalendar Islam.