Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RAMADHAN 1447H MOSQUES CLEANING INITIATIVE CONTINUES

BRUNEI-MUARA, MONDAY, 16 MARCH 2026 – In conjunction with the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Navy (RBN) organised a mosque cleaning initiative at two mosques in the Brunei-Muara District as part of its continued community outreach and corporate social responsibility efforts.

Officers and personnel from the RBN Headquarters and RBN Inspectorate Cell carried out cleaning activities at Masjid Kampong Kapok, led by Captain Muhammad Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, Chief of Staff. Meanwhile, officers and personnel from Fleet Headquarters conducted a similar activity at Masjid Sungai Buloh, led by Lieutenant Commander Muhd Rosfadhly bin Haji Rosli, RBN, Executive Officer of KDB DARUSSALAM.

All activities commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and the Sunat Tahiyatul Masjid prayer before proceeding with the cleaning works. Personnel undertook various tasks including sweeping and mopping prayer halls, cleaning ablution areas, tidying mosque compounds, and ensuring a conducive and comfortable environment for congregants throughout the month of Ramadhan.

————

KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA RAMADHAN 1447H DITERUSKAN

BRUNEI-MUARA, ISNIN, 16 MAC 2026 – Bersempena dengan bulan suci Ramadhan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan inisiatif pembersihan masjid di dua buah masjid di Daerah Brunei-Muara sebagai sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat serta melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

Pegawai dan anggota daripada Markas TLDB dan Sel Inspektorat TLDB telah melaksanakan aktiviti pembersihan di Masjid Kampong Kapok yang diketuai oleh Kapten Muhammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Ketua Staf TLDB. Sementara itu, anggota daripada Markas Armada turut mengadakan aktiviti yang sama di Masjid Sungai Buloh yang diketuai oleh Leftenan Komander Muhd Rosfadhly bin Haji Rosli, TLDB, Pegawai Pelaksana KDB DARUSSALAM.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Solat Sunat Tahiyatul Masjid sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan. Antara tugas yang dilaksanakan termasuk menyapu dan mengemop ruang solat, membersihkan kawasan tempat berwuduk serta mengemas persekitaran masjid bagi memastikan suasana yang bersih, selesa dan kondusif untuk para jemaah menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.