Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY COMMENCES ITS FIRST JANGKAUAN LUAR IHYĀ’ RAMADAN PROGRAM FOR 2026M/1447H

BRUNEI MUARA, Tuesday, 24 February 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) commenced its first Program Jangkauan Luar Ihyā’ Ramadan 1447H/2026M of the holy month of Ramadan at Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia, Brunei Muara.

Present was Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, Commander of RBN. Also in attendance were senior officers, officers and personnel of the Royal Brunei Navy, alongside RBAF personnel and locals from Kampung Setia.

The programme began with the Fardhu Isyak prayer in congregation, followed by Sunat Tarawih and Witir prayers. The congregation then proceeded with Tadarus Al-Qur’an and a Tadabbur Al-Qur’an session.

Following the completion of the Tarawih and Tadarus session, a contribution from the Tabung Infaq RBAF was presented by Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari to  the Imam of the Perdana Wangsa Haji Mohammad Mosque as part of the outreach initiative. The presentation symbolised continued support towards strengthening mosque institutions and community engagement throughout Ramadan.

Beyond fulfilling religious observances, the initiative strengthens bonds between the Royal Brunei Navy and the community, fostering solidarity and the values of generosity.

--------

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MEMULAKAN PROGRAM JANGKAUAN LUAR IHYĀ’ RAMADAN BAGI TAHUN 2026M/1447H 

BRUNEI MUARA, Selasa, 24 Februari 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah memulakan Program Jangkauan Luar Ihyā’ Ramadan 1447H/2026M yang pertama bagi bulan Ramadan di Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia, Brunei Muara.

Hadir ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota Tentera Laut Diraja Brunei bersama anggota jemputan daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Program dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir. Jemaah seterusnya mengikuti sesi Tadarus Al-Qur’an serta penyampaian Tadabbur Al-Qur’an.

Majlis diteruskan dengan sumbangan daripada Tabung Infaq ABDB yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari kepada Imam Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkauan tersebut. Penyampaian ini melambangkan sokongan berterusan TLDB dalam memperkukuhkan institusi masjid serta hubungan kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadan.

Selain menunaikan ibadah, inisiatif ini turut mengeratkan lagi hubungan antara TLDB dan masyarakat setempat.