Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY SECURES BRONZE AT THE RBAF INTER-WOMEN’S FINAL NETBALL CHAMPIONSHIP 2025/2026

BOLKIAH GARRISON, FRIDAY, 13 FEBRUARY 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) netball team, Netvy, secured a commendable third place at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Inter-Women’s Final Netball Championship 2025/2026, held at the Bolkiah Garrison Gymnasium. The championship brought together female personnel from across the Royal Brunei Armed Forces in a spirited display of athleticism, teamwork, and sportsmanship.

The tournament featured four teams: Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Land Forces (RBLF), Royal Brunei Air Force (RBAirF), and a Combined Team comprising personnel from the Joint Force Headquarters RBAF, RBAF Training Institute, and RBAF Defence Academy. Throughout the competition, Netvy demonstrated resilience, strong coordination, and determination, earning a well-deserved bronze medal finish. The championship served to strengthen camaraderie and foster closer ties among servicewomen within the RBAF while promoting a healthy and competitive sporting culture.

———

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI RAIH TEMPAT KETIGA DALAM KEJOHANAN BOLA JARING AKHIR ANTARA WANITA ABDB 2025/2026

BOLKIAH GARRISON, JUMAAT, 13 FEBRUARI 2026 – Pasukan bola jaring Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Netvy, telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Akhir Antara Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025/2026 yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garrison. Kejohanan tersebut menghimpunkan anggota wanita daripada seluruh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan daya saing yang tinggi.

Kejohanan ini menampilkan empat pasukan iaitu Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), serta satu pasukan gabungan yang terdiri daripada anggota Markas Angkatan Bersama ABDB, Akademi Pertahanan ABDB, dan Institu​t Latihan ABDB. Sepanjang kejohanan, Netvy mempamerkan semangat juang yang tinggi, koordinasi yang mantap serta komitmen berpasukan yang cemerlang, sekali gus melayakkan mereka memperoleh pingat gangsa. Kejohanan ini turut menjadi platform dalam mengukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya hidup sihat dan berdaya saing dalam kalangan anggota wanita ABDB.