BANDAR SERI BEGAWAN, SATURDAY, 14 FEBRUARY 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) continued its entrusted role of hoisting the National Flag in conjunction with the 42nd National Day celebration of Brunei Darussalam, marking almost 25 years since the responsibility was first accorded to the RBN. This ceremonial duty was initially entrusted during the celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien’s 55th Birthday on 12 July 2001, reflecting the enduring confidence placed in the RBN in carrying out an important national tradition.
The National Flag Hoisting Ceremony was held in Bandar Seri Begawan and officiated by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports, as the Guest of Honour.
The giant-sized National Flag was hoisted by a contingent of 20 personnel from the Royal Brunei Navy, led by Yang Mulia Lieutenant Awangku Ahmad Faiz’un Dzakiyy bin Pengiran Haji Aliuddin, RBN, at the compound of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.
The theme of this year’s 42nd National Day celebration, “Bersatu Mencapai Cita Negara”, reflects the aspirations of Brunei Vision 2035. The continued entrustment of this ceremonial responsibility to the Royal Brunei Navy underscores the service’s professionalism and commitment in upholding national traditions and honouring the symbols of the nation.
--------
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERUSKAN 25 TAHUN AMANAH MENGIBARKAN BENDERA KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-42
BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 14 FEBRUARI 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah meneruskan amanah mengibarkan Bendera Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-42, menandakan hampir 25 tahun pelaksanaan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada TLDB. Amanah ini mula dipikul TLDB sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien yang ke-55 pada 12 Julai 2001, dan mencerminkan kepercayaan berterusan terhadap TLDB dalam melaksanakan salah satu istiadat kenegaraan yang penting.
Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan telah berlangsung di Bandar Seri Begawan dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku Tetamu Kehormat.
Bendera besar Negara Brunei Darussalam telah dikibarkan oleh seramai 20 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Awangku Ahmad Faiz’un Dzakiyy bin Pengiran Haji Aliuddin, TLDB, bertempat di kawasan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-42 bagi tahun ini, “Bersatu Mencapai Cita Negara”, adalah selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035. Pelaksanaan berterusan amanah ini oleh TLDB mencerminkan komitmen dalam memelihara kedaulatan dan menghormati lambang negara.