MUARA, Thursday, 15 January 2025 - The Royal Brunei Navy (RBN) held a handover–takeover ceremony for the appointment of the Deputy Commander RBN earlier this afternoon at the RBN Headquarters.
The ceremony marked the formal handover of duties from the outgoing Deputy Commander Navy, Captain Khairil Haji Abdul Rahman, RBN, to the incoming Deputy Commander Navy, Captain Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN.
The programme commenced with a briefing session delivered by officers from RBN Headquarters and Base Department officers to the newly appointed Deputy Commander Navy, providing an overview of current matters and organisational developments. This was followed by the signing of the handover parchment to officially formalise the transition of responsibilities. The ceremony concluded with a group photograph session.
The Royal Brunei Navy extends its heartfelt congratulations to both senior officers on their respective appointments and wishes them continued success in carrying out their entrusted duties and responsibilities.
——
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS BAGI TIMBALAN PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
MUARA, Khamis, 15 Januari 2026 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Timbalan Pemerintah TLDB pada petang tadi bertempat di Markas TLDB.
Majlis tersebut menandakan penyerahan tugas secara rasmi daripada Timbalan Pemerintah TLDB yang terdahulu, Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, kepada Timbalan Pemerintah TLDB yang baharu, Kepten Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB.
Atur cara majlis dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Markas TLDB dan Jabatan Pangkalan kepada Timbalan Pemerintah TLDB yang baharu, yang merangkumi gambaran keseluruhan mengenai perkara-perkara semasa dan perkembangan organisasi. Majlis seterusnya diteruskan dengan acara menandatangani lembaran serah terima tugas bagi merasmikan peralihan tanggungjawab. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
TLDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pegawai kanan atas pelantikan masing-masing serta mendoakan kejayaan yang berterusan dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan.