BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 25 February 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) had the honour of conducting the Flag Lowering Ceremony held in conjunction with Brunei Darussalam’s 42nd National Day celebration.
The ceremony marked the conclusion of the national flag hoisting period, which began on 14 February 2026. The giant-sized national flag was ceremonially lowered at the vicinity of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Bandar Seri Begawan.
A total of 20 RBN personnel, led by Lieutenant Junior Grade Abdul ‘Aziz @ Muhammad Daud Al-Muktafibillah bin Haji Mohd Rafee, RBN, were entrusted with the responsibility of lowering the national flag. Their involvement reflected the Navy’s continued commitment and dedication in upholding national traditions and honouring significant state occasions.
The ceremony was graced by Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Deputy Minister of Religious Affairs, as the Guest of Honour. Proceedings were accompanied by the singing of the National Anthem, ‘Allah Peliharakan Sultan’, and concluded with a Doa Selamat.
———
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYEMPURNAKAN MAJLIS MENURUNKAN BENDERA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei telah diberi kepercayaan dan penghormatan untuk menyempurnakan Majlis Menurunkan Bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-42.
Majlis tersebut menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera kebangsaan yang telah bermula pada 14 Februari 2026. Bendera kebangsaan bersaiz gergasi itu telah diturunkan secara istiadat di kawasan sekitar Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Seramai 20 anggota TLDB yang diketuai oleh Leftenan Muda Abdul ‘Aziz @ Muhammad Daud Al-Muktafibillah bin Haji Mohd Rafee, TLDB, telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penurunan bendera kebangsaan tersebut. Penglibatan ini mencerminkan komitmen dan dedikasi berterusan TLDB dalam memelihara tradisi kebangsaan serta memartabatkan majlis-majlis rasmi negara.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, selaku Tetamu Kehormat. Acara diiringi dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, “Allah Peliharakan Sultan”, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.