BRUNEI MUARA, KHAMIS, 18 DISEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan beberapa Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan Islam sempena memperingati sambutan Jubli Intan TLDB. Kempen ini melibatkan penyertaan warga TLDB di dua buah lokasi berasingan, iaitu Tanah Perkuburan Islam Sungai Panga, Kampong Sungai Kebun dan Tanah Perkuburan Islam Kianggeh.
Markas TLDB telah melaksanakan Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Panga, Kampong Sungai Kebun yang diketuai oleh Komander Malai Haszahrin bin Malai Yusof, TLDB, Penolong Ketua Staf Keanggotaan dan Pentadbiran, selaku pegawai terkanan bagi aktiviti tersebut. Aktiviti ini melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan dan diakhiri dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa.
Sementara itu, Jabatan Armada B telah mengendalikan Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kianggeh yang diketuai oleh Komander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, TLDB, Ketua Staf Armada, selaku pegawai terkanan. Aktiviti dimulakan dengan menziarahi kubur bekas anggota yang pernah berkhidmat di TLDB, sebelum diteruskan dengan kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan dan bacaan Surah Yassin, Tahlil serta Doa.
Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam masyarakat serta menanam nilai-nilai murni dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga TLDB, sejajar dengan aspirasi sambutan Jubli Intan TLDB.
⸻
RBN HEADQUARTERS AND ARMADA B CONDUCT ISLAMIC CEMETERY CLEANING CAMPAIGNS IN CONJUNCTION WITH ITS DIAMOND JUBILEE
BRUNEI MUARA, THURSDAY, 18 DECEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) conducted several Islamic cemetery cleaning campaigns in conjunction with the commemoration of its Diamond Jubilee. The initiatives involved RBN personnel at two separate locations, namely the Tanah Perkuburan Islam Sungai Panga, Kampong Sungai Kebun, and Tanah Perkuburan Islam Kianggeh.
RBN Headquarters carried out a cleaning campaign at the Tanah Perkuburan Islam Sungai Panga, Kampong Sungai Kebun, led by Commander Malai Haszahrin bin Malai Yusof, RBN, Assistant Chief of Staff Admin and Personnel. The programme included cemetery cleaning activities and concluded with the recitation of Surah Yasin, Tahlil and Doa.
Meanwhile, Armada B organised a cleaning campaign at Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, headed by by Commander Haji Mohammad Arnold bin Haji Osman, RBN, Fleet Chief of Staff. The programme began with a visit to the grave of the a former member of the Royal Brunei Navy, followed by cleaning activities and the recitation of Surah Yasin, Tahlil and Doa.
These campaigns aimed to foster a spirit of cooperation within the community while instilling noble values and a sense of social responsibility among RBN personnel, in line with the aspirations of the RBN Diamond Jubilee celebration.
