MUARA NAVAL BASE, THURSDAY, 11 DECEMBER 2025 – Today, a total of 55 visitors from the Jemaah Muslimah, Belia, Beliawanis and Muslimah Masjid groups of the Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei conducted a visit to the Royal Brunei Navy (RBN). As part of the engagement programme, participants were brought onboard KDB DARULEHSAN to experience the Navy’s operational environment and life onboard the ships.
The visit aimed to raise awareness on maritime security, foster youth interest and motivation towards potential careers in the armed forces, as well as strengthen bonds among the committee members, jemaah and youth groups. It also provided participants with an introductory understanding of naval discipline, responsibilities, and the RBN’s role in safeguarding national waters.
Overall, this outreach initiative reflects the RBN’s continued commitment to empowering local youth, strengthening community ties, and inspiring future generations to contribute meaningfully to national security and development.
-----------
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI BERUSAHA MENGINSPIRASI BELIA DENGAN MEMUPUK MINAT TERHADAP PERTAHANAN MARITIM MASA HADAPAN
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, KHAMIS, 11 DISEMBER 2025 – Pagi ini, Seramai 55 orang peserta daripada Jemaah Muslimah, Belia, Beliawanis dan Muslimah Masjid Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah membuat lawatan ke Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Sebagai sebahagian daripada program libat sama komuniti, para peserta turut dibawa melawat KDB DARULEHSAN bagi melihat lebih dekat suasana kehidupan di kapal TLDB.
Lawatan ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan maritim, memupuk minat dan semangat belia terhadap prospek kerjaya dalam bidang ketenteraan, serta mengeratkan hubungan antara jemaah dan kumpulan belia. Program ini turut memberikan gambaran awal mengenai disiplin, tanggungjawab dan peranan TLDB dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.
Secara keseluruhan, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam memperkasa belia melalui libat sama masyarakat, sekali gus menginspirasi generasi akan datang untuk menyumbang secara bermakna kepada keselamatan serta pembangunan negara.