Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TLDB MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL DAN PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM TLDB

MUARA, JUMAAT, 28 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Tahlil serta penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim TLDB bertempat di Surau Al-Huda, TLDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah TLDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota TLDB serta para penerima sumbangan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yassin dan Tahlil Arwah yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Huda. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim TLDB.

Majlis ini juga diadakan sebagai usaha TLDB untuk menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim TLDB sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan mereka, serta bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga TLDB dan keluarga.

———

RBN HOLDS TAHLIL CEREMONY AND PRESENTATION OF DONATIONS TO RBN ORPHANS

MUARA, FRIDAY, 28 NOVEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a Tahlil Ceremony and presented charitable contributions to RBN orphans at Surau Al-Huda, RBN.

Present as the Guest of Honour was First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy. Also in attendance were the RBN Executive Board members, senior officers, officers, RBN personnel, as well as the donation recipients.

The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar, followed by Surah Al-Fatihah, Surah Yassin, and Tahlil Arwah, led by the Imam of Surau Al-Huda.

The ceremony was also held as part of RBN’s efforts to extend assistance to its orphans as a sign of compassion and continuous support for their wellbeing, while further strengthening the bonds of unity and togetherness among RBN personnel and their families.