BRUNEI MUARA, THURSDAY, 20 NOVEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) continued its community outreach initiatives in conjunction with the RBN Diamond Jubilee by conducting simultaneous cemetery-cleaning campaigns at two locations: Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan, Kg Sengkurong and Tanah Perkuburan Islam Bukit Lakang, Kg Batang Perhentian Wasan. These activities formed part of RBN’s longstanding commitment to honouring past servicemen while supporting community wellbeing through meaningful public service.
The cleaning campaign at Bukit Berangan was participated by officers and personnel from the RBN Base Department and was graced by the presence of Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, Deputy Commander Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour. Meanwhile, the activity at Bukit Lakang, led by the RBN Fleet HQ, was attended by Commander Mohd Aliashim bin Alias, TLDB, Commanding Officer KDB DARUTTAQWA, who joined officers and personnel in paying respects to the late Allahyarham Sargeant Zafaria bin Hj Tunjol, a former RBN member, before commencing the cleaning activity. Both events included doa recitations and Surah Yassin as part of the programme.
These initiatives reflect the Royal Brunei Navy’s continued dedication to strengthening community ties, promoting spiritual values, and upholding social responsibility among its personnel.
-----------
TLDB MENERUSKAN KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA JUBLI INTAN TLDB
BRUNEI MUARA, KHAMIS, 20 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) meneruskan inisiatif khidmat masyarakat sempena Sambutan Jubli Intan TLDB dengan melaksanakan kempen kebersihan tanah perkuburan Islam secara serentak di dua tempat iaitu Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan, Kg Sengkurong dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Lakang, Kg Batang Perhentian Wasan. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TLDB dalam menghargai jasa bekas anggota TLDB serta menyokong kesejahteraan masyarakat melalui sumbangan khidmat bakti.
Pegawai terkanan bagi menghadiri Kempen kebersihan di Bukit Berangan ialah Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB. Turut hadir ialah pegawai dan anggota daripada Jabatan Pangkalan TLDB. Sementara itu, aktiviti di Bukit Lakang yang dikendalikan oleh Markas Armada TLDB telah dihadiri oleh Komander Mohd Aliashim bin Alias, TLDB, Pegawai Pemerintah KDB DARUTTAQWA, selaku pegawai terkanan. Turut hadir ialah pegawai serta anggota Armada TLDB menghadiri penziarahan ke pusara Allahyarham Sarjan Zafaria bin Hj Tunjol, bekas anggota TLDB, sebelum meneruskan kerja-kerja pembersihan.
Inisiatif ini mencerminkan dedikasi berterusan TLDB dalam memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat, memupuk nilai kerohanian, serta menggalakkan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga TLDB sempena Sambutan Jubli Intan TLDB
