Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG MENGIMBAS ENAM DEKAD JASA BAKTI MANTAN WARGA TLDB

DEWAN AN-NAURA, KOMPLEKS YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, JUMAAT, 21 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Malam Jasamu Dikenang bersempena Sambutan Jubli Intan TLDB, menghimpunkan warga TLDB dari generasi terdahulu dan masa kini bagi menghargai enam dekad khidmat bakti, dedikasi dan pencapaian bersama. Turut memeriahkan acara ialah tetamu khas yang terdiri daripada mantan-mantan Pemerintah TLDB, mantan-mantan Badan Eksekutif TLDB dan mantan-mantan Sarjan Mejar TLDB, bersama kehadiran pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota TLDB.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pemerintah TLDB, sebelum diteruskan dengan upacara memotong kek Jubli Intan bagi meraikan ulang tahun ke-60 penubuhan TLDB. Seterusnya, majlis menyaksikan pelancaran Buku Jubli Intan TLDB, sebuah naskhah istimewa yang menjadi simbolik perjalanan 60 tahun kecemerlangan TLDB, mendokumentasikan sejarah, pencapaian dan kejayaan warga TLDB dalam menjaga kedaulatan maritim Negara Brunei Darussalam.

Majlis turut menampilkan pelancaran lagu khas Jubli Intan bertajuk “Cakrawala Pejuang”, ciptaan Leftenan Komander Awangku Faizul Azmizan bin Pengiran Haji Rajali, TLDB, yang dipersembahkan secara koir oleh gabungan pegawai dan anggota-anggota serta Pasukan Pancaragam TLDB. Lagu ini menggambarkan semangat juang, keberanian dan iltizam warga laut dalam mempertahankan perairan negara sepanjang enam dekad penubuhan TLDB.

Mengiringi suasana malam penghargaan ini ialah persembahan gabungan Pasukan Pancaragam TLDB bersama pegawai dan anggota-anggota TLDB, diikuti pelbagai persembahan khas semasa jamuan makan. Majlis turut diperkayakan dengan tayangan video montaj yang menampilkan sejarah TLDB, perkembangan operasi maritim, inisiatif diplomasi pertahanan serta rakaman dedikasi pegawai dan anggota TLDB yang sedang bertugas di luar negeri—sebagai penghormatan kepada mereka yang terus menjunjung amanah negara.

Majlis ini menzahirkan penghargaan TLDB terhadap jasa, pengorbanan dan kepimpinan mantan-mantan Pemerintah TLDB, mantan-mantan Pemerintah Armada serta mantan-mantan Sarjan Mejar TLDB, yang telah menjadi tunjang kekuatan dan sumber inspirasi kepada warga TLDB masa kini. Penganjuran majlis ini turut merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan terima kasih kepada mereka yang telah mencurahkan bakti dan dedikasi dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan maritim Negara Brunei Darussalam.

————

JASAMU DIKENANG APPRECIATION NIGHT REFLECTS SIX DECADES OF SERVICE BY FORMER RBN COMMANDERS 

AN-NAURA HALL, YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH COMPLEX, FRIDAY, 21 NOVEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) hosted the Jasamu Dikenang Appreciation Night in conjunction with the RBN Diamond Jubilee, bringing together former and current generations of RBN commanders to honour six decades of loyal service, dedication, and collective achievements. The event was further enlivened by the presence of special guests comprising former RBN Commanders, former RBN Executive Board members, and former RBN Sergeant Majors, alongside senior officers, officers, and personnel of the RBN.

The evening commenced with welcoming remarks by the Commander of the RBN, followed by the Diamond Jubilee cake-cutting ceremony to mark the 60-year milestone of the Navy’s establishment. The event also featured the launch of the RBN Diamond Jubilee Book, a commemorative publication symbolising six decades of RBN’s remarkable journey, documenting its history, accomplishments, and the enduring efforts of its personnel in safeguarding Brunei Darussalam’s maritime sovereignty.

A highlight of the night was the launch of the RBN’s Diamond Jubilee song titled “Cakrawala Pejuang”, composed by Lieutenant Commander Awangku Faizul Azmizan bin Pengiran Haji Rajali, RBN, and performed by the RBN Band together with RBN officer and personnel. The song embodies the spirit, resilience, and unwavering commitment of RBN personnel throughout the Navy’s evolution across six decades.

The celebration continued with a combined performance by the RBN Band together with RBN officers and personnels, followed by various musical showcases accompanying the evening’s dinner. Attendees were also treated to a special video montage highlighting the Navy’s historical milestones, maritime operations, defence diplomacy initiatives, as well as messages and footage from RBN personnel currently serving abroad, paying tribute to their dedication and service away from home.

The Jasamu Dikenang Appreciation Night served as a tribute to the service, sacrifice, and leadership of former RBN Commanders, former RBN Fleet Commanders, and former RBN Sergeant Majors, whose legacy continues to inspire today’s generation of sailors. The event also reflected the RBN’s deepest appreciation for their devotion and contributions in upholding the security and maritime interests of Brunei Darussalam.