MUARA, SELASA, 18 NOVEMBER 2025 – Sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Kempen Derma Darah yang berlangsung selama dua hari bermula pada hari Isnin, 17 November hingga Selasa, 18 November 2025 bertempat di Mes Pegawai Waran, TLDB. Kempen ini bertujuan untuk menyokong usaha bank darah negara melalui sumbangan darah untuk Jerudong Park Medical Centre (JPMC), di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga TLDB mengenai kepentingan menderma darah sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial.
Hadir bagi menderma darah ialah Yang Mulia Komander Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Komandan Perkhidmatan Bantu. Turut hadir menderma ialah pegawai-pegawai dan anggota TLDB, yang berjaya menderma seramai 107 penderma sepanjang kempen tersebut, menjadikan program ini satu kejayaan yang signifikan bagi sambutan Jubli Intan tahun ini.
Penganjuran kempen ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam menyumbang kepada masyarakat dan menyokong inisiatif kebajikan nasional. Melalui program seperti ini, TLDB terus memupuk budaya kesukarelawanan serta semangat keprihatinan dalam kalangan warga TLDB.
--------------
RBN HELD BLOOD DONATION CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH THE DIAMOND JUBILEE ACHIEVES 107 SUCCESSFUL DONORS
MUARA, TUESDAY, 18 NOVEMBER 2025 – In conjunction with the Royal Brunei Navy’s (RBN) Diamond Jubilee celebrations, a two-day Blood Donation Campaign was held from Monday, 17 November to Tuesday, 18 November 2025 at the RBN Warrant Officers’ Mess. The campaign aimed to support the national blood bank through blood contributions to the Jerudong Park Medical Centre (JPMC), while also raising awareness among RBN personnel on the importance of blood donation as a form of social responsibility.
A total of 107 successful donors participated in the campaign. Among those who donated was Commander Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Commandant of Support Services. Officers and personnel of the RBN also took part, contributing to the overall success of this initiative held in conjunction with the Diamond Jubilee celebration.
The campaign reflects the RBN’s ongoing commitment to giving back to the community and supporting national welfare initiatives. Through activities such as this, the RBN continues to foster a culture of volunteerism and compassion among its personnel.