Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LEBIH 600 PELAJAR BAGI PROGRAM LAWATAN PENDIDIKAN AKHIR TAHUN

PANGKALAN MUARA, JUMAAT, 14 NOVEMBER 2025 — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pada minggu ini telah menerima kunjungan daripada beberapa buah sekolah rendah dan menengah ke Pangkalan Muara, melibatkan sejumlah 687 orang guru dan murid. Sekolah-sekolah yang hadir ialah Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Sekolah Rendah Muhammad Alam, Sekolah Menengah Chung Ching, Sekolah Rendah Mabohai, Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, Sekolah Rendah Dato Marsal (termasuk Pendidikan Khas CAKNA), Sekolah Rendah Beribi Telanai, Sekolah Rendah Dato Ratna Haji Mohd Jaafar, Sekolah Rendah Labi, Sekolah Rendah Lumapas (Kluster 1), dan Sekolah Rendah Tunas Jaya PGGMB Kuala Belait.

Lawatan ini bertujuan untuk memperluas pemahaman para pelajar mengenai tugasan harian dan tanggungjawab TLDB, di samping memberikan pendedahan secara langsung terhadap persekitaran pertahanan maritim negara.
Para pelajar turut diberi kesempatan untuk diperkenalkan kepada Pasukan Pancaragam TLDB, menyaksikan persembahan muzik serta menyertai sesi interaktif yang menonjolkan elemen kerjasama berpasukan, disiplin dan tugas istiadat. Program diteruskan dengan lawatan berpandu ke atas kapal kelas Patrol Vessel (PV) dan kelas KDB AS-SIDDIQ, membolehkan para pelajar meneroka serta memahami peranan anggota TLDB dalam pengoperasian dan penyelenggaraan aset-aset maritim negara.

Tentera Laut Diraja Brunei kekal komited dalam usaha menjalin hubungan dengan masyarakat serta menyokong inisiatif pendidikan negara melalui aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Lawatan seperti ini mencerminkan usaha berterusan TLDB dalam memupuk minat generasi muda serta meningkatkan kesedaran rakyat terhadap peranan TLDB dalam mempertahankan kepentingan maritim Negara Brunei Darussalam.
_ _ _ _ _ _​

MUARA NAVAL BASE, FRIDAY, 14 N0VEMBER 2025 — The Royal Brunei Navy (RBN) this week welcomed several primary and secondary schools to Muara Naval Base, consisting of a total of 687 teachers and students. The schools that visited were Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Sekolah Rendah Muhammad Alam, Sekolah Menengah Chung Ching, Sekolah Rendah Mabohai, Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, Sekolah Rendah Dato Marsal (including CAKNA Special Education), Sekolah Rendah Beribi Telanai, Sekolah Rendah Dato Ratna Haji Mohd Jaafar, Sekolah Rendah Labi, Sekolah Rendah Lumapas (Cluster 1), and Sekolah Rendah Tunas Jaya PGGMB Kuala Belait.

The visits aimed to broaden students’ understanding of RBN’s daily taskings and responsibilities, as well as provide firsthand exposure to the nation’s maritime defence environment.
Students were introduced to the RBN Band, where they observed musical performances and participated in interactive sessions highlighting teamwork, discipline, and ceremonial duties. The programme continued with tours onboard the Patrol Vessel (PV) Class ships and KDB AS-SIDDIQ Class ships, allowing students to explore and learn about the roles of naval personnel in operating and maintaining naval assets.

The Royal Brunei Navy remains committed to engaging with the community and supporting national education initiatives through meaningful outreach activities. These visits reflect RBN’s continuous dedication to fostering interest among the younger generation while strengthening public awareness of RBN’s role in safeguarding Brunei Darussalam’s maritime interests.