Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MEMPERKUKUH PERKONGSIAN MARITIM: TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA MENGAKHIRI MESYUARAT NAVY-TO-NAVY TALKS KE-11

KD SRI GOMBAK, KUALA LUMPUR | 13 NOVEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Navy-to-Navy Talks (N2NT) ke-11 pada 13 November 2025 bertempat di KD SRI GOMBAK, Kuala Lumpur. Mesyuarat tahunan ini menjadi platform penting bagi kedua-dua buah tentera laut untuk memperkukuh kerjasama dua hala, meningkatkan interoperabiliti, serta mengukuhkan hubungan maritim yang telah lama terjalin.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Laksamana Pertama Harisundar Rajoo, Pengarah Kanan Operasi dan Latihan, Markas TLDM, dan Kepten Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, Ketua Staf Tentera Laut Diraja Brunei.
N2NT pada tahun ini menekankan komitmen bersama kedua-dua tentera laut dalam memastikan keselamatan maritim, kesiagaan operasi serta penglibatan kerjasama yang lebih erat di rantau ini. Perbincangan merangkumi pelbagai bidang operasi maritim, termasuk latihan bersama, perkongsian maklumat, peningkatan rangka kerja kerjasama sedia ada, serta usaha untuk mengangkat aktiviti penglibatan daripada peringkat taktikal kepada peringkat strategik pada masa hadapan.

Kedua-dua tentera laut turut menegaskan kepentingan kerjasama berterusan dalam menghadapi cabaran maritim yang semakin berkembang, khususnya dalam menjaga keselamatan perairan bersempadan bagi kedua-dua negara serta menyokong antara satu sama lain agar kekal relevan dan responsif terhadap tuntutan operasi yang sentiasa berubah. Mesyuarat ini juga memberi peluang untuk meneliti semula aktiviti dua hala yang telah dilaksanakan sepanjang tahun serta mengenal pasti keutamaan bagi penglibatan akan datang.

Mesyuarat Navy-to-Navy Talks ke-11 mengakhiri pertemuan tersebut dengan penandatanganan Minit Mesyuarat, di mana kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan demi memastikan domain maritim yang selamat, terjamin dan stabil demi manfaat kedua-dua negara dan rantau ini.

Tentera Laut Diraja Brunei kekal komited untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan bersama rakan-rakan serantau dan antarabangsa dalam usaha mencapai keselamatan dan kestabilan maritim bersama.


---------

STRENGTHENING MARITIME PARTNERSHIP: ROYAL BRUNEI NAVY AND ROYAL MALAYSIAN NAVY CONCLUDE 11TH NAVY-TO-NAVY TALKS

KD SRI GOMBAK, KUALA LUMPUR | 13 NOVEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) and the Royal Malaysian Navy (RMN) successfully convened the 11th Navy-to-Navy Talks (N2NT) on 13 November 2025 at KD SRI GOMBAK, Kuala Lumpur. The annual meeting serves as a key platform for both navies to strengthen bilateral cooperation, enhance interoperability, and reaffirm their long-standing maritime partnership.

The meeting was co-chaired by First Admiral Harisundar Rajoo, Senior Director of Operations and Training, RMN Headquarters, and Captain Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, Chief of Staff of the Royal Brunei Navy.

This year’s N2NT highlighted the shared commitment of both navies to ensuring maritime security, operational readiness, and cooperative engagement within the region. Discussions focused on a wide range of maritime operational areas, including exercise and training collaborations, information sharing, the continued enhancement of relevant cooperative frameworks, and opportunities to elevate engagement from the tactical to the strategic level in the future.

Both navies reaffirmed the importance of sustained collaboration in addressing emerging maritime challenges, particularly in safeguarding the adjacent waters of both nations and supporting each other to remain relevant and adaptive to evolving operational demands. The meeting also provided an opportunity to review bilateral activities conducted throughout the year and to identify key priorities for future engagements.

The 11th Navy-to-Navy Talks concluded with the signing of the Minutes of Meeting, during which both sides expressed their commitment to further strengthening defence cooperation to ensure safe, secure, and stable maritime domains for the benefit of both nations and the wider region.

The Royal Brunei Navy remains committed to strengthening defence relations and cooperation with its regional and international partners towards achieving mutual maritime security and stability.