MUARA, JUMAAT, 05 SEPTEMBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima ketibaan kapal Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) KRI SEMARANG dan KRI BIMA SUCI dalam satu kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam bermula pada Jumaat, 05 September 2025 sehingga Selasa, 09 September 2025.
Sepanjang kunjungan muhibah tersebut, KRI SEMARANG dan KRI BIMA SUCI telah mengadakan lawatan ke kapal. Krew kapal TLDB berkesempatan untuk berinteraksi dengan krew KRI, yang memupuk persefahaman yang lebih mendalam, di samping menekankan hubungan dua hala yang kukuh dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Laksamana Pertama Hreesang Wisanggeni, Komandan Gugus Keamanan Laut Koarmada II, dan Laksamana Pertama Dodi Agus Prasetyo, Kepala Dinas Pendidikan Angkatan Laut, Komander Agus Yunianto, Pegawai Pemerintah KRI SEMARANG, Komander Sugeng Hariyanto, Pegawai Pemerintah KRI BIMA SUCI telah mengadakan kunjungan hormat kepada Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB dan selaku Pemangku Pemerintah Armada TLDB. Kedua-dua pihak menekankan komitmen mereka untuk terus meningkatkan hubungan pertahanan antara kedua-dua angkatan laut, yang menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau. Mereka juga membincangkan pengukuhan kerjasama pertahanan, khususnya dalam bidang latihan dan pendidikan, operasi dan eksesais, serta logistik. Kunjungan hormat tersebut diikuti dengan majlis santap tengah hari yang dihoskan oleh Timbalan Pemerintah TLDB yang juga merangkap Pemangku Pemerintah Armada TLDB di Mess Pegawai TLDB.
KRI BIMA SUCI telah mengadakan Majlis Resepsi di atas kapal dengan menjemput Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Zaina Abidin, Pemerintah TLDB sebagai Tetamu Kehormat. Majlis resepsi tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan TLDB dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan para jemputan khas.
KRI SEMARANG dan KRI BIMA SUCI telah berlepas bagi pelayaran pulang pada pagi Selasa, 09 September 2025.
___
KRI SEMARANG AND KRI BIMA SUCI CONDUCTED GOODWILL VISIT TO BRUNEI DARUSSALAM
MUARA, FRIDAY, 05 SEPTEMBER 2025 – Royal Brunei Navy (RBN) welcomed the arrival of Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) KRI SEMARANG and KRI BIMA SUCI as a goodwill visit to Brunei Darussalam beginning on Friday, 05 September 2025 until Tuesday, 09 September 2025.
Throughout the goodwill visit, KRI SEMARANG and KRI BIMA SUCI conducted a Ship Visit. RBN crew had the opportunity to interact with TNI-AL crew, fostering a deeper understanding, underscoring the strong bilateral ties and cooperative relationships between the two countries.
First Admiral Hreesang Wisanggeni, Commander of Maritime Security Task Group, Second Fleet Command, and First Admiral Dodi Agus Prasetyo, Chief of Education Service of Indonesian Navy, Commander Agus Yunianto, Commanding Officer KRI SEMARANG, Commander Sugeng Hariyanto, Commanding Officer KRI BIMA SUCI attended a courtesy call to Captain Khairil Haji Abdul Rahman, RBN, the Deputy Commander of the Royal Brunei Navy (RBN) and also filling in as Acting Fleet Commander RBN. Both parties emphasised their commitment to further enhance defence relations between the two navies, contributing to regional peace and stability. They also discussed strengthening defence cooperation, particularly in the areas of training and education, operations and exercises, and logistics. The Courtesy Call then led to a luncheon hosted by Captain Khairil, RBN that took place at the Officers’ Mess.
KRI BIMA SUCI hosted an onboard cocktail reception inviting the First Admiral Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, Commander of RBN as the Guest of Honour. The onboard reception was attended by RBN senior officers and officers from Ministry of Defence (MINDEF), Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and foreign ambassadors.
KRI SEMARANG and KRI BIMA SUCI departed in the early morning of Tuesday 09 September 2025.