Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY WELCOMES SYAWAL 1447H WITH TAKBIR RAYA AT SURAU AL-HUDA, MUARA NAVAL BASE

Muara, Friday, 20 March 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a heartfelt Takbir Raya ceremony at Surau Al-Huda on the eve of Syawal 1447H marking the arrival of Hari Raya Aidilfitri 1447H.

The event began with mass Isya Prayer and followed with a Tazkirah. Afterwards, First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of Royal Brunei Navy led the first group to recite the Takbir Raya along with officers and personnels from RBN Headquarters, RBN Inspectorate Cell, RBN Base Defence, RBN Support Squadron Headquarters, and the Naval Training Centre. 

Following this, the second group, comprising of RBN Fleet Headquarters, RBN Fleet Squadron, RBN Support Squadron, and Naval Surface Action Group (NAVSAG), continued the recitation, led by the Deputy Fleet Commander, Commander Ade Roddiane bin Haji Mohammad Rosdi, RBN. The event then concluded with the Closing Doa.

The Takbir is occasionally recited by Muslims all over the country as a way of expressing their unity, happiness and gratitude to Allah the Almighty for the blessing they have received during the month of Ramadhan. It is during Aidilfitri celebration, the Takbir is recited, which marks the end of the fasting month.

———

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT SYAWAL 1447H DENGAN TAKBIR RAYA DI SURAU AL-HUDA, PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA

MUARA, Jumaat, 20 Mac 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Takbir Raya yang penuh kemenangan di Surau Al-Huda pada malam menjelang Syawal 1447H, bagi menandakan kedatangan Hari Raya Aidilfitri 1447H.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Isyak berjemaah, diikuti dengan penyampaian tazkirah. Seterusnya, Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, mengetuai kumpulan pertama dalam laungan Takbir Raya bersama para pegawai dan anggota dari Markas TLDB, Sel Inspektorat, Jabatan Pangkalan, Markas Perkhidmatan Bantu TLDB serta Pusat Latihan Tentera Laut.

Majlis kemudian diteruskan dengan kumpulan kedua yang terdiri daripada Markas Armada, Skuadron Armada, Skuadron Bantu serta Grup Tindakan Permukaan Laut, yang dipimpin oleh Timbalan Pemerintah Armada TLDB, Komander Ade Roddiane bin Haji Mohammad Rosdi, TLDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.

Takbir Raya dilaungkan oleh umat Islam di seluruh negara sebagai tanda kesatuan, kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala atas segala nikmat yang dikurniakan sepanjang bulan Ramadhan. Laungan takbir ini juga menandakan berakhirnya bulan ibadah tersebut dan bermulanya sambutan Hari Raya Aidilfitri.