MUARA NAVAL BASE, FRIDAY, 13 FEBRUARY 2026 – The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, held an engagement session with 160 personnel holding the ranks of Petty Officers of the RBN at the Warrant Officers’ Mess, Muara Naval Base. The session aimed to strengthen a collective commitment to the Royal Brunei Navy’s goals, while reinforcing professionalism and discipline. Also present were the Fleet Regimental Sergeant Major as well as members of the Warrant Officers’ Mess Committee.
During the session, the RBN Commander emphasised that every duty entrusted to personnel is an amanah that must be carried out with full responsibility regardless of rank or appointment. He highlighted the important role of Petty Officers as the backbone of leadership at the unit and operational levels, serving as a vital link between officers and junior personnel.
The RBN Commander further explained that the concept of Amal Jariah among Petty Officers encompasses the responsibility to educate, guide and mentor junior personnel as well as newly commissioned officers. Such guidance is essential to ensure that professional knowledge, experience and values are continuously passed on, strengthening the future leadership of the Royal Brunei Navy.
He also underscored the importance of maintaining high standards of discipline, noting that discipline reflects the quality of leadership demonstrated by Petty Officers. Cooperation, accountability and mutual support among Petty Officers were highlighted as key elements in fostering a cohesive, professional and resilient Royal Brunei Navy.
-----------
“SETIAP TUGAS ADALAH SATU AMANAH TANPA MENGIRA PANGKAT”: PEMERINTAH TLDB MENGINGATKAN PTB KANAN MENGENAI TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, JUMAAT, 13 FEBRUARI 2026 – Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah mengadakan sesi perjumpaan bersama 160 anggota yang memegang pangkat Bintara, TLDB di Mes Pegawai Waran, Pangkalan Tentera Laut Muara. Sesi ini bertujuan untuk memperkukuhkan komitmen bersama terhadap matlamat Tentera Laut Diraja Brunei dalam membina sifat bertanggungjawab, profesionalisme dan berdisiplin di antara kalangan anggota TLDB. Turut hadir ialah Sarjan Mejar Rejimen Armada serta Ahli Jawatankuasa Mes Pegawai Waran.
Dalam sesi tersebut, Yang Mulia Pemerintah TLDB menekankan bahawa setiap tugas yang dipertanggungjawabkan merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab tanpa mengira pangkat mahupun jawatan. Beliau turut menegaskan peranan penting PTB Kanan sebagai tulang belakang kepimpinan di peringkat unit dan operasi serta sebagai penghubung utama antara pegawai dan anggota bawahan.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa konsep Amal Jariah dalam kalangan PTB Kanan merangkumi tanggungjawab mendidik, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada anggota bawahan serta pegawai-pegawai baharu. Pendekatan ini penting bagi memastikan kesinambungan ilmu pengetahuan, pengalaman dan nilai profesional sentiasa terpelihara dalam TLDB.
Selain itu, Yang Mulia Pemerintah TLDB turut menegaskan kepentingan memelihara tahap disiplin yang tinggi kerana disiplin mencerminkan kualiti kepimpinan dalam kalangan PTB Kanan. Sifat bekerjasama dan tanggungjawab antara anggota TLDB turut ditekankan sebagai elemen penting dalam membentuk organisasi yang bersatu padu dan profesional.