BATAM, INDONESIA – 16 DECEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) recently participated in the 2nd ASEAN–United States Maritime Exercise (AUMX) 2025 with the deployment of KDB DARULAMAN, reaffirming Brunei Darussalam’s commitment to regional maritime cooperation and collective security. The exercise brought together naval forces from ASEAN member states and the United States, including assets from Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, the Philippines, Vietnam, Myanmar, and the United States Navy, reflecting a broad multilateral effort to enhance maritime collaboration.
The exercise was conducted in two phases, beginning with a Harbour Phase from 10 to 11 December 2025 in Batam, Indonesia, followed by a Sea Phase from 12 to 13 December 2025 in the waters east of Bintan. During the harbour phase, participating navies engaged in professional exchanges, planning conferences, tabletop exercises, and subject matter expert exchanges aimed at improving coordination and interoperability. The sea phase focused on practical maritime activities at sea, including communication drills and manoeuvres exercise, to enhance operational familiarity among participating units.
The ASEAN–US Maritime Exercise (AUMX) aims to strengthen mutual trust, promote a rules-based maritime order, and improve collective readiness in addressing shared maritime challenges such as maritime security, safety, and cooperation. RBN’s participation this year underscores Brunei Darussalam’s active role as a responsible maritime nation, contributing to regional stability, confidence-building, and sustained engagement with ASEAN partners and external stakeholders in support of peace and security in Southeast Asian waters.
-----------
TLDB MEMPERLIHATKAN KOMITMEN TERHADAP KESELAMATAN MARITIM KOLEKTIF DALAM ASEAN–UNITED STATES MARITIME EXERCISE (AUMX) 2025
BATAM, INDONESIA – 16 DISEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) baru ini telah menyertai Latihan ASEAN–United States Maritime Exercise (AUMX) kali ke-2 bagi tahun 2025 melalui penglibatan KDB DARULAMAN, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam terhadap kerjasama maritim serantau dan keselamatan kolektif. Latihan ini menghimpunkan angkatan laut negara-negara anggota ASEAN bersama Tentera Laut Amerika Syarikat, termasuk aset dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina, Vietnam, Myanmar serta Amerika Syarikat, mencerminkan usaha pelbagai hala yang menyeluruh bagi memperkukuh kerjasama maritim.
Latihan ini telah dilaksanakan dalam dua fasa, bermula dengan Fasa Pelabuhan dari 10 hingga 11 Disember 2025 di Batam, Indonesia, diikuti oleh Fasa Laut dari 12 hingga 13 Disember 2025 di perairan timur Bintan. Sepanjang Fasa Pelabuhan, angkatan laut yang terlibat menyertai pertukaran profesional, persidangan perancangan, tabletop exercise, serta sesi pertukaran kepakaran yang bertujuan meningkatkan penyelarasan dan interoperabiliti. Sementara itu, Fasa Laut menumpukan kepada aktiviti maritim secara praktikal di laut, termasuk latihan komunikasi dan manuver bersepadu, bagi meningkatkan kefahaman operasi dalam kalangan unit yang terlibat.
Latihan Maritim ASEAN–United States Maritime Exercise (AUMX) bertujuan memperkukuh kepercayaan bersama, mempromosikan pematuhan kepada aturan maritim berasaskan undang-undang, serta meningkatkan kesiapsiagaan kolektif dalam menangani cabaran maritim bersama seperti keselamatan, keselamatan pelayaran, dan kerjasama maritim. Penyertaan TLDB dalam latihan ini menegaskan peranan aktif Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara maritim yang bertanggungjawab, sekali gus menyumbang kepada kestabilan serantau, pembinaan keyakinan, serta penglibatan berterusan bersama rakan-rakan ASEAN dan pihak berkepentingan luar demi menyokong keamanan dan keselamatan di perairan Asia Tenggara.








