Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RUSSIAN NAVY SHIP GREMYASHCHIY PAYS OFFICIAL VISIT TO BRUNEI DARUSSALAM

MUARA COMMERCIAL WHARF, 9–12 DECEMBER 2025 - The Royal Brunei Navy (RBN) successfully hosted the official port visit of the Russian Navy ship GREMYASHCHIY from 9 to 12 December 2025 at Muara Commercial Port, Brunei Darussalam, as part of ongoing efforts to strengthen bilateral naval relations and defence diplomacy.


The Russian Navy ship GREMYASHCHIY arrived on Tuesday, 9 December 2025, and was accorded a formal welcoming ceremony by the Royal Brunei Navy, comprising a senior RBN officer, officers and personnel. On the same day, the Head of Delegation and the Commanding Officer of GREMYASHCHIY paid a courtesy call to Captain Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, Fleet Commander at Fleet Headquarters, Muara Naval Base, marking the official commencement of the ship visit programme.

Throughout the visit, a series of bilateral engagement activities were conducted to enhance professional interaction and people-to-people ties between both navies. These included sports interactions at Muara Beach, as well as cultural  visits to Balai Khazanah Sultan Haji Hassanal Bolkiah and the Royal Regalia Museum. A key highlight of the visit was the official reception hosted onboard GREMYASHCHIY at Muara Port, with Captain Khairil Haji Abdul Rahman, the Acting Commander of the Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour.

The Russian Navy ship GREMYASHCHIY departed Muara Commercial Port on Friday, 12 December 2025, following the successful completion of the visit programme.

The visit of GREMYASHCHIY reflects the continued commitment of the Royal Brunei Navy and the Russian Navy to strengthening naval-to-naval engagement, defence diplomacy, and confidence-building measures, in support of regional maritime stability and security.

------------

KAPAL TENTERA LAUT RUSIA GREMYASCHYI MENGADAKAN LKE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PELABUHAN KOMERSIAL MUARA, 9–12 DISEMBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telahpun menghoskan lawatan rasmi kapal Tentera Laut Rusia, GREMYASHCHIY dari 9 hingga 12 Disember 2025 di Pelabuhan Komersial Muara, Negara Brunei Darussalam, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dalam bidang ketenteraan laut serta diplomasi pertahanan.

Kapal Tentera Laut Rusia GREMYASHCHIY telah tiba pada Selasa, 9 Disember 2025, dan disambut Tentera Laut Diraja Brunei yang disertai oleh seorang pegawai kanan TLDB, pegawai dan anggota TLDB. Pada hari yang sama, Ketua Delegasi dan Pegawai Pemerintah GREMYASHCHIY telah membuat kunjungan hormat kepada Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB,  Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei, sekali gus menandakan permulaan rasmi program lawatan kapal tersebut.

Sepanjang lawatan ini, pelbagai aktiviti interaksi dua hala telah dilaksanakan bagi memperkukuhkan hubungan profesional serta hubungan antara anggota kedua-dua angkatan laut. Aktiviti tersebut merangkumi interaksi sukan di Pantai Muara, serta lawatan kebudayaan ke Balai Khazanah Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Muzium Alat Kebesaran Diraja. Salah satu acara kemuncak lawatan ini ialah majlis resepsi rasmi yang dihoskan dikapal GREMYASHCHIY di Pelabuhan Muara, yang di hadiri oleh Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei selaku Tetamu Kehormat.

Kapal Tentera Laut Rusia GREMYASHCHIY telah berlepas meninggalkan Pelabuhan Komersial Muara pada Jumaat, 12 Disember 2025, selepas berjaya menamatkan keseluruhan program lawatan rasmi.

Lawatan kapal GREMYASHCHIY ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Laut Rusia dalam memperkukuhkan penglibatan antara angkatan laut, diplomasi pertahanan serta langkah-langkah pembinaan keyakinan, sekali gus menyokong kestabilan dan keselamatan maritim di peringkat serantau