Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI SERTAI KEY LEADERSHIP ENGAGEMENT KE-13 DENGAN MEMFOKUSKAN KEPADA PEMBANGUNAN RANGKAIAN SUMBER MARITIM YANG BERDAYA TAHAN

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, 03 DISEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Key Leadership Engagement (KLE) ke-13 yang diadakan secara maya, dikendalikan oleh U.S. Pacific Fleet dan dipengerusikan oleh Laksamana Stephen T. “Web” Koehler, Pemerintah U.S. Pacific Fleet. Turut hadir mewakili TLDB ialah Pemangku Pemerintah TLDB, Kepten Khairil bin Haji Abdul Rahman. KLE merupakan platform maya yang membolehkan tentera-tentera laut berkongsi dan membincangkan isu-isu yang menjadi kepentingan bersama. Dalam siri ke-13 ini, perbincangan tertumpu kepada tema “pembangunan rangkaian sumber maritim yang berdaya tahan”, menekankan mengenai ancaman geopolitik serta peningkatan kapal yang tidak dikenal pasti di perairan strategik.


Sesi ini telah dihadiri oleh 18 buah Tentera Laut dari rantau Indo-Pasifik dan membentangkan cadangan dan saranan mengikut urutan yang bermula dari Republik Korea, Bangladesh, India, Sri Lanka, Australia, Canada, Chile, Fiji, France (alpaci), New Zealand, Papua New Guinea, Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan akhir sekali Jepun.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah meningkatkan kedaya tahanan dalam struktur atau rangkaian sumber maritim khususnya melalui perkongsian pelaburan dan bantuan lojistik yang dapat meningkatkan keberkesanan serta keupayaan operasi yang dimiliki oleh setiap negara, ianya dapat membentuk struktur yang lebih mampan dan berdaya tahan bagi menggerakkan sokongan kolaborasi melalui platform yang telah terbukti bernilai dalam memperkuatkan kesepaduan dan keyakinan bersama.

Tentera Laut Diraja Brunei akan terus komited dalam memperkukuhkan jalinan pertahanan dan membangunkan kesedaran domain maritim melalui penyelarasan aset, doktrin dan politik demi mencapai objektif strategik serantau.

----------------

ROYAL BRUNEI NAVY PARTICIPATES IN 13TH KEY LEADERSHIP ENGAGEMENT FOCUSING ON BUILDING RESILIENT MARITIME SUPPLY CHAINS

MUARA NAVAL BASE, 03 DECEMBER 2025 –The Royal Brunei Navy (RBN) participated in the 13th Key Leadership Engagement (KLE) held virtually, hosted by the U.S. Pacific Fleet and chaired by Admiral Stephen T. “Web” Koehler, Commander of the U.S. Pacific Fleet. Representing the RBN was Captain Khairil bin Haji Abdul Rahman, Acting Commander of the Royal Brunei Navy. The KLE serves as a virtual platform for regional navies to communicate and deliberate on matters of mutual concern. In this iteration, discussions centered around the theme “Building Resilient Maritime Supply Chains”, focusing on the geopolitical risk and the rise of shadow fleets in crucial waters.

The engagement brought together 18 navies from across the Indo-Pacific region, where each countries presented their ideas and suggestion in a sequence that began with Republic of Korea, Bangladesh, India, Sri Lanka, Australia, Canada, Chile, Fiji, France (alpaci), New Zealand, Papua New Guinea, Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand and lastly Japan.

The key point of discussion was the strengthening of regional cooperation by adjusting existing arrangements or frameworks to improve the resilience of naval logistics in the region through focusing joint investment and technical assistance on enhancing the utility and interoperability of the regional assets, whereby robust arrangements can be shaped to activate shared support by means of platforms that has been proven worthy in fostering mutual respect and confidence. 

The Royal Brunei Navy remains firm in its commitment on fortifying defence ties dan developing maritime domain awareness on aligning assets, doctrine and political objective across the region strategically.