Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI PROGRAM ASEAN NAVAL TRAINING EXPERIENCE EXCHANGE PROGRAMME KE-3

PHNOM PENH, ISNIN, 06 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Program ASEAN Naval Training Experience Exchange Programme (ANTEEP) ke-3 yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja, dari 6 hingga 9 Oktober 2025. Acara selama empat hari ini menghimpunkan wakil-wakil tentera laut ASEAN bagi bertukar pengalaman profesional dan pandangan operasi dalam bidang Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue - SAR).

Perbincangan tertumpu kepada cabaran bersama yang dihadapi semasa misi SAR, kepentingan interoperabiliti dalam operasi rentas sempadan, serta peranan teknologi baharu dalam mempertingkatkan keupayaan tindak balas maritim. Pertukaran pandangan antara wakil serantau menekankan pemahaman bersama bahawa kerjasama berkesan memerlukan tahap kesiapsiagaan dan perspektif yang seiring.

ANTEEP 3 telah menyediakan satu platform bernilai untuk memerhati, mempelajari dan menyumbang dalam rangka yang seimbang antara kesedaran strategik, operasi dan taktikal. Penglibatan ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk meneliti bagaimana amalan yang berkembang, penyelarasan serantau dan profesionalisme maritim saling berkait dalam membentuk komuniti tentera laut yang berdaya tahan dan adaptif. Sepanjang forum tersebut, perbincangan mencerminkan komitmen bersama terhadap kestabilan serantau melalui kerjasama praktikal. Dialog ini turut menegaskan bahawa kesiapsiagaan dan saling menghormati sesama sebagai asas penting dalam penglibatan maritim ASEAN.

———

ROYAL BRUNEI NAVY PARTICIPATED IN THE 3RD ASEAN NAVAL TRAINING EXPERIENCE EXCHANGE PROGRAMME

PHNOM PENH, MONDAY, 06 OCTOBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) participated in the 3rd ASEAN Naval Training Experience Exchange Programme (ANTEEP) held in Phnom Penh, Kingdom of Cambodia, from 6th to 9th October 2025. The four-day event brought together representatives from ASEAN navies to exchange professional experiences and operational insights in maritime Search and Rescue (SAR).

Discussions centred on shared challenges during SAR missions, the importance of interoperability in cross-border operations, and the role of emerging technology in improving maritime response. The exchange of views among regional counterparts underscored the collective understanding that effective cooperation requires both readiness and shared perspective.

ANTEEP 3 provided a valuable platform to observe, learn, and contribute within a balanced framework of strategic, operational, and tactical awareness. The engagement also enabled participants to examine how evolving practices, regional coordination, and maritime professionalism intertwine in shaping an adaptive and resilient naval community. Throughout the forum, the tone of discussion reflected a shared commitment to regional stability through practical cooperation. The dialogue reinforced that preparedness and mutual respect remain essential foundations for ASEAN’s maritime engagements.