Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM

MUARA, Rabu, 10 September 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang melibatkan seramai 150 orang termasuk pelajar, pengawas dan ibu bapa.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan TLDB secara amnya, khususnya dari segi peranan dan fasiliti yang dimiliki. Lebih bermakna lagi, lawatan ini menjadi jambatan bagi TLDB untuk berinteraksi dengan anak-anak berkeperluan khas sebagai salah satu usaha mendekati masyarakat serta mengeratkan hubungan bersama. 

Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pegawai TLDB bertempat di Mes PTB Kanan, diikuti dengan tayangan video korporat serta persembahan daripada Pejabat Pancaragam TLDB. Rombongan turut berpeluang bergambar ramai sebagai kenang-kenangan serta bertukar cenderahati.

Lawatan turut diserikan dengan pameran statik yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Pangkalan dan Grup Tindak Permukaan Laut, yang menampilkan aset serta keupayaan jabatan masing-masing. Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke kapal KDB DARUSSALAM dan KDB DARULAMAN untuk sesi lawatan kapal bagi pengenalan ringkas kapal-kapal tersebut.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen TLDB bukan sahaja dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara, tetapi juga dalam membina jambatan yang bermakna bersama masyarakat. Melalui interaksi bersama para pelajar termasuk anak-anak berkeperluan khas, lawatan ini menjadi wadah untuk memberi inspirasi, memperluaskan pandangan serta memupuk nilai keterangkuman. Usaha sebegini diharapkan dapat menyemai minat terhadap kerjaya ketenteraan laut di samping mengukuhkan penghargaan terhadap peranan dan nilai TLDB dalam masyarakat.

———

ROYAL BRUNEI NAVY WELCOMES VISIT FROM AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM SCHOOL

MUARA, Wednesday, 10 September 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) welcomed a visit from Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam School, involving 150 participants including students, teachers, and parents.

The visit aimed to introduce the RBN in general, particularly its roles and facilities. More meaningfully, it also served as a bridge for the RBN to engage with children with diverse abilities, as part of its effort to reach out and strengthen ties with the wider community.

The programme began with a welcoming remark by an RBN officer at the Senior Rates’ Mess, followed by a corporate video presentation and a performance by the RBN Band. The group also had the opportunity to exchange souvenirs and take a group photo as a memento.

The visit was further enlivened with static displays by the Base Defence Department and the Naval Surface Action Group, showcasing their assets and capabilities. The participants were later taken on board KDB DARUSSALAM and KDB DARULAMAN for guided ship tours to gain a brief introduction to the vessels.

This engagement reflects the RBN’s commitment not only to safeguarding the nation’s maritime sovereignty, but also to building meaningful bridges with the community. By interacting with students, including those with diverse abilities, the visit provided an avenue to inspire confidence, broaden perspectives, and foster inclusion. Such efforts are hoped to spark interest in the naval profession while strengthening appreciation of the RBN’s role and values within society.