BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 06 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi peringkat kebangsaan bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Acara utama telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, manakala perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang lain juga turut berlangsung serentak di daerah-daerah lain.
Penglibatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyerlahkan ketaatan mereka dalam menjunjung nilai-nilai Islam negara melalui acara-acara keagamaan seumpama ini.
____
THE ROYAL BRUNEI NAVY (RBN) JOINS NATIONAL PROCESSION FOR MAULUD NABI 1447H
BANDAR SERI BEGAWAN, SATURDAY, 06 SEPTEMBER 2025 - The Royal Brunei Navy (RBN) participated in the national Maulud Nabi procession and mass gathering alongside His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
The main event was held at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, while other processions and mass gatherings took place simultaneously across other districts.
The Royal Brunei Armed Forces' (RBAF) involvement highlights their devotion in upholding the nation’s Islamic values through religious events such as these.