Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, DAERAH TEMBURONG

Muara, Khamis, 19 Jun 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Daerah Temburong, yang terdiri daripada 40 orang peserta, merangkumi golongan belia dan kanak-kanak.

Lawatan dimulakan di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut dengan ucapan alu-aluan, diikuti dengan tayangan video korporat yang memperkenalkan peranan dan tanggungjawab TLDB. Seterusnya, rombongan berpeluang bergambar ramai sebagai kenang-kenangan, sebelum menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Para peserta kemudiannya mengunjungi pameran statik oleh jabatan Pertahanan Pangkalan dan Grup Tindakan Permukaan Laut, yang menampilkan aset serta keupayaan jabatan masing-masing. Mengakhiri lawatan, rombongan telah dibawa ke KDB DARUSSALAM untuk sesi lawatan kapal dan pengenalan ringkas mengenai sistem dan fungsi utama kapal tersebut.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan TLDB khasnya peranan dan fasiliti yang ada di TLDB sebagai tanda aras belia di masa hadapan dari segi pengetahuan, pemangkin semangat dan melahirkan idea-idea bernas.

———

ROYAL BRUNEI NAVY RECEIVES VISIT FROM DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA LIBRARY, TEMBURONG DISTRICT

Muara, Thursday, 19 June 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) received a visit from the Dewan Bahasa dan Pustaka Library, Temburong District, comprising of 40 participants, including youths, and children.

The visit began at the Nakhoda Hall, Naval Training Centre, with a welcoming address, followed by a corporate video presentation introducing the roles and responsibilities of the RBN. The group then had a photo session to commemorate the occasion, followed by a light refreshment.

Participants later visited a static exhibition showcased by the Base Defence department and the Naval Surface Action Group, showcasing the assets and operational capabilities of each department. Concluding the visit, the group was brought onboard KDB DARUSSALAM for a ship tour and a brief introduction to the vessel’s main systems and functions.

The visit aimed to introduce the RBN, particularly its roles and facilities, as a benchmark for the younger generation in terms of knowledge, inspiration, and the cultivation of innovative ideas.