Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TLDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

MUARA, JUMAAT, 13 JUN 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Intan TLDB yang berlangsung di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB, Muara.


Majlis yang penuh keberkatan ini dihadiri oleh tetamu kehormat, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong. Turut hadir adalah mantan-mantan Pemerintah TLDB, Badan Eksekutif Tentera Laut, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota TLDB.

Acara dimulakan dengan solat fardu Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan bacaan wirid, solat sunat hajat, bacaan surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah, serta bacaan Doa Kesyukuran. Majlis diteruskan dengan solat fardu Isya secara berjemaah, disusuli dengan bacaan wirid dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Seterusnya, para hadirin turut mengalunkan selawat secara beramai-ramai sebagai penutup acara keagamaan tersebut.

Seterusnya, Tetamu Kehormat bersama mantan-mantan pemerintah TLDB, Badan Eksekutif TLDB serta Ketua-Ketua Jabatan telah dijemput untuk menikmati jamuan yang diadakan di atas kapal KDB DARUSSALAM dan KDB DARULAMAN. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebagai kenang-kenangan sempena peristiwa bersejarah ini.

————


RBN HOLDS DOA KESYUKURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI NAVY’S DIAMOND JUBILEE

MUARA, FRIDAY, 13 JUNE 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with its Diamond Jubilee Anniversary at Surau Al-Huda, Muara Naval Base.

The ceremony was graced by the Guest of Honour, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (R) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong. Also in attendance were former Commanders of the Royal Brunei Navy, the RBN Executive Board Members, senior officers, officers, and personnel of the RBN.

The event commenced with the mass Maghrib prayer, followed by wirid recitation, solat sunat hajat, recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah, as well as a Doa Kesyukuran. The ceremony continued with a mass Isya prayer, followed by the recitation of the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The ceremony concluded with a mass recitation of selawat.

Afterwards, the Guest of Honour, together with the former RBN Commanders, the RBN Executive Board and Heads of Departments, were invited to a reception held onboard KDB DARUSSALAM and KDB DARULAMAN. The event concluded with a group photo session as a memento of this historic milestone.