Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam beradat sempena Sambutan Jubli Intan TLDB yang berlangsung di Mess Pegawai TLDB, Pangkalan TLDB, Muara. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pemerintah TLDB, Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, bersama isteri, Haniwati binti Haji Bakar.
Majlis dimulakan di Wardroom, di mana Tetamu Kehormat, ahli-ahli Badan Eksekutif TLDB serta pasangan masing-masing berpeluang untuk beramah mesra bersama para pegawai dan pasangan yang hadir. Seterusnya, para jemputan dijemput ke Mess Hall dan majlis dimulakan secara rasmi dengan bacaan Doa bagi memberkati majlis, diikuti dengan jamuan makan malam.
Semasa majlis makan malam, Pemerintah TLDB mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan kepada semua warga TLDB atas khidmat bakti dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi sepanjang 60 tahun yang lalu. Ucapan beliau turut menzahirkan penghormatan tulus kepada para pasangan suami atau isteri dan keluarga anggota TLDB atas pengorbanan mereka yang amat besar maknanya. Ucapan beliau juga menekankan kepentingan untuk terus menghayati nilai-nilai seperti disiplin, integriti, keberanian, dan semangat setiakawan dalam membentuk masa depan TLDB. Penghargaan khas turut diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasa atas kejayaan menganjurkan sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-64, serta kepada pegawai dan anggota kapal yang menjadi hos kepada majlis makan malam bersama mantan Pemerintah TLDB. Ucapan diakhiri dengan seruan untuk terus bersatu padu, berdaya tahan dan cemerlang dalam berbakti kepada Raja, agama dan negara.
Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik oleh kumpulan pancaragam TLDB dan diakhiri dengan sesi interaksi serta sesi bergambar ramai.
—————
THE ROYAL BRUNEI NAVY HOSTS MESS DINNER NIGHT COMMEMORATING RBN’S DIAMOND JUBILEE
The Royal Brunei Navy (RBN) held a Mess Dinner Night in conjunction with its Diamond Jubliee at the RBN Officers' Mess, Muara Naval Base. Present as the Guest of Honour was the RBN Commander, Captain Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, along with his wife, Haniwati binti Hj Bakar.
The evening began in the Wardroom, where the Guest of Honour, members of the RBN Executive Board and their spouses had the opportunity to interact with the officers and spouses who were present during the event. Following that, everyone present was invited to the Mess Hall and the event officially commenced with the recitation of Doa to bless the event and continued with dinner.
During the dinner event, the Commander of RBN took the opportunity to express his deep gratitude to all RBN personnel, for their unwavering service and dedication over the past 60 years. He paid heartfelt tribute to the spouses and families of RBN members for their silent yet vital sacrifices and support. His speech also emphasized the importance of upholding values such as discipline, integrity, courage, and camaraderie in shaping the Navy’s future. Special appreciation was also extended to the organising committee for their successful efforts in hosting the 64th RBAF Anniversary events, and to ship crews who hosted a dinner with former RBN Commanders. The address concluded with a strong message of unity, resilience, and continued excellence in serving the Monarch, religion, and nation.
The event was also accompanied with musical performances by RBN's band and concluded with an interaction session and a group photo session.