PENANJONG GARISON, KHAMIS, 12 JUN 2025 – Dua Pegawai dan dua anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) baru-baru ini telah berjaya menamatkan Kursus Ketua Platun dan Kursus Platun Sarjan 2025 yang telah dijalankan dari 17 Mac hingga 13 Jun 2025 selama tempoh 13 minggu.
Kursus ini melibatkan seramai 20 orang pegawai termasuk 2 orang pegawai dari TLDB bagi Kursus Platoon Commander, serta 30 orang anggota lain-lain peringkat bersama 2 orang Laskar Kanan dari TLDB bagi Kursus Platoon Sargeant.
Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan kepimpinan, kawalan dan kecekapan dalam situasi kombat di peringkat platun. Antara kandungan kursus termasuk latihan Individual Military Appreciation Process (IMAP), Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak, latihan taktikal, navigasi serta latihan medan yang merangkumi operasi dalam hutan, peperangan konvensional, operasi Counter-insurgency (COIN) dan Fighting in Built-Up Areas (FIBUA).
Penyertaan dalam kursus ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber dan bersedia menghadapi pelbagai senario operasi, serta memperkukuhkan kerjasama antara perkhidmatan dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara.
TLDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlang.
———–
PENANJONG GARRISON, THURSDAY, 12 JUNE 2025 – Two Officers and Two personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) have successfully completed the Platoon Commander and Platoon Sergeant Combat Course 2025 recently, which was conducted from 17 March to 13 June 2025 over a period of 13 weeks.
The course involved a total of 20 officers, including 2 officers from the RBN for the Platoon Commander Course, as well as 30 non-commissioned officers (NCOs) and 2 Leading Hands from the RBN for the Platoon Sergeant Course.
Designed to enhance leadership, command and combat effectiveness, the course provided intensive training in areas such as the Individual Military Appreciation Process (IMAP), Range Management Course (RMC), tactical operations, navigation, and field exercises. These field exercises included rigorous training in jungle operations, conventional warfare, counter-insurgency (COIN) and Fighting in Built-Up Areas (FIBUA) exercise.
Participation in this course reflects the RBN’s continuous commitment to building capable and adaptive leaders, and maintaining a high standard of operational readiness in support of national defence objectives.
The Royal Brunei Navy congratulates all its officers and personnel on their successful completion of the course.








