MUARA, RABU, 23 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi empat orang anggota daripada Jabatan Pangkalan TLDB. Dalam majlis tersebut, seorang anggota dinaikkan pangkat ke Bintara, seorang anggota lagi dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan, manakala dua anggota lagi dinaikkan ke pangkat Laskar Muda. Majlis berlangsung di bangunan Jabatan Pangkalan TLDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan penyampaian pangkat ialah Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, serta anggota PTB Kanan daripada Jabatan Pangkalan TLDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat sebelum menikmati jamuan. Tahniah diucapkan kepada semua anggota TLDB yang telah dinaikkan pangkat. Semoga terus cemerlang dalam menyumbang khidmat bakti kepada negara.
———
FOUR PERSONNEL FROM RBN BASE DEPARTMENT PROMOTED

Muara, Wednesday, 23 July 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a promotion ceremony for 4 personnel from the RBN Base Department where 1 personnel was promoted to the rank of Petty Officer, whereas 1 personnel was promoted to the rank of Leading Hand, and 2 personnel was promoted to the rank of Able Rate. The ceremony took place at the RBN Base Department building.
Present at the ceremony as the Guest of Honour was Captain Khairil Haji Abdul Rahman, RBN, Deputy Commander of RBN, who presented the rank insignias. Also present during the ceremony was RBN Base Department Senior Officers, Officers, and Senior Rates.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the presentation of the insignias by the Guest of Honour and ended with a Doa Selamat before enjoying a light refreshment. We extend our heartfelt congratulations to all promoted Navy personnel and wish them continued excellence in their service.