BRUNEI-MUARA, Ahad, 17 Ogos 2025 – Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Laut Diraja Brunei (BAKTI) telah mengadakan kunjungan ke atas dua orang ahli yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menzahirkan penghargaan dalam kalangan warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Suryanti binti Haji Mohd Noor, isteri kepada Timbalan Pemerintah TLDB, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.
Kunjungan ini bertujuan untuk meraikan detik bermakna tersebut dan memberikan sokongan moral kepada para ibu baharu, di samping mengiktiraf sumbangan isteri-isteri pegawai TLDB dalam menjaga kebajikan serta semangat warga TLDB.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen BAKTI dalam memupuk masyarakat yang kuat dan bersatu padu, di samping menekankan peranan penting keluarga dalam menyokong tugas dan tanggungjawab pegawai TLDB.
——
BAKTI WELCOMES THE BIRTH OF MEMBERS’ FIRSTBORNS
BRUNEI-MUARA, Sunday, 17 August 2025 – The Royal Brunei Navy Wives Welfare Body (BAKTI) visited another two members who recently welcomed their firstborn children, as part of its ongoing efforts to strengthen familial ties and foster appreciation within the Royal Brunei Navy (RBN) community. The visit led by Mrs Suryanti binti Hj Mohd Noor, wife of Deputy Commander of RBN, accompanied by other BAKTI members.
The visit was held to commemorate this important milestone and extend moral support to the new mothers, while also recognising the invaluable contributions of naval officers’ wives in safeguarding the welfare and morale of RBN personnel.
This initiative reflects BAKTI’s commitment to nurturing a strong and united community, while underscoring the essential role of families in supporting the duties and responsibilities of RBN officers.
