Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY RECEIVES A VISIT FROM THE 55TH PAKISTAN NAVY STAFF COURSE

MUARA, TUESDAY, 10 FEBRUARY 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) received an official visit from the 55th Pakistan Navy Staff Course, led by Commodore Nasir Mahmood SI (M) as Head of Delegation, accompanied by officers and course participants of the Pakistan Navy.

The programme commenced with a ship visit onboard KDB DARULEHSAN, which also included an Introductory Brief outlining the Royal Brunei Navy’s roles and contributions to Brunei Darussalam’s maritime security. During the visit, the delegation was also briefed on the ship’s operational capabilities and its role in supporting RBN missions.

The delegation subsequently paid a Courtesy Call to Yang Mulia Captain Sonny Iskandar bin Rasani, Fleet Commander of the Royal Brunei Navy, held at the RBN Officers’ Mess, Muara. During the Courtesy Call, both sides engaged in a professional exchange of views, particularly on professional military education, leadership development, and maritime security cooperation.

The visit forms part of the official programme of the 55th Pakistan Navy Staff Course to Brunei Darussalam, conducted from 6 to 11 February 2026, underscoring the Royal Brunei Navy’s commitment to defence diplomacy and professional naval engagement.

----------

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA 55TH PAKISTAN NAVY STAFF COURSE

MUARA, SELASA, 10 FEBRUARI 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi 55th Pakistan Navy Staff Course, yang diketuai oleh Commodore Nasir Mahmood SI (M) selaku Ketua Delegasi, bersama pegawai-pegawai dan peserta kursus dari Tentera Laut Pakistan.

Program lawatan dimulakan dengan lawatan ke kapal KDB DARULEHSAN, yang merangkumi taklimat pengenalan TLDB mengenai peranan dan sumbangan TLDB dalam menjaga keselamatan maritim Negara Brunei Darussalam. Delegasi turut diberikan penerangan mengenai keupayaan operasi kapal serta peranannya dalam menyokong misi TLDB.

Delegasi seterusnya mengadakan Kunjungan Hormat kepada Yang Mulia Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei, yang berlangsung di Mes Pegawai TLDB, Muara. Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak telah mengadakan pertukaran pandangan secara profesional, khususnya berkaitan pendidikan ketenteraan, pembangunan kepimpinan serta kerjasama keselamatan maritim.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program rasmi 55th Pakistan Navy Staff Course ke Negara Brunei Darussalam yang berlangsung dari 6 hingga 11 Februari 2026, dan mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam memperkukuhkan diplomasi pertahanan serta kerjasama profesional dengan angkatan laut sahabat.