MUARA NAVAL BASE, FRIDAY, 6 FEBRUARY 2026 — The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, delivered leadership direction to RBN personnel during a leadership briefing session held at the Warrant Officers’ Mess, Muara Naval Base.
The session involved RBN Sergeant Majors, Warrant Officers and Senior Non-Commissioned Officers of the Royal Brunei Navy, who form the backbone of front-line leadership within the organisation.
The leadership briefing highlighted the importance of leadership values aligned with the core values of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in the execution of duties and responsibilities as members of the Royal Brunei Navy. RBN personnel were also reminded of their roles and obligations in upholding the trust of service and safeguarding national security and sovereignty.
The delivery of leadership direction is significant in empowering the senior non-commissioned leadership of the Royal Brunei Navy, particularly RBN Sergeant Majors, Warrant Officers and Senior Non-Commissioned Officers, as primary mentors and guides to the RBN junior ranks. This forms a critical foundation in developing future leaders who are resilient, principled and mission-focused, ensuring leadership continuity and the sustained effectiveness of the Royal Brunei Navy as an organisation.
----------
“KEKUATAN TLDB TERTUMPU KEPADA SEMUA ASPEK TERMASUK SEMANGAT SETIAKAWAN DAN DISIPLIN”: PEMERINTAH TLDB MEMPERKUKUH KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PTB KANAN
PANGKALAN MUARA, JUMAAT, 6 FEBRUARI 2026 — Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, telah menyampaikan hala tuju kepimpinan kepada warga TLDB melalui sesi taklimat kepimpinan yang diadakan di Mes Pegawai Waran, Pangkalan Muara.
Sesi tersebut melibatkan Sarjan-Sarjan Mejar, Pegawai-Pegawai Waran dan Bintara Kanan Tentera Laut Diraja Brunei, yang merupakan tulang belakang kepimpinan barisan hadapan bagi anggota peringkat rendah TLDB.
Taklimat kepimpinan berkenaan menekankan kepentingan penerapan nilai kepimpinan yang selaras dengan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai warga Tentera Laut Diraja Brunei. Anggota-anggota TLDB juga diingatkan mengenai peranan dan kewajipan mereka dalam menjunjung amanah perkhidmatan serta berkhidmat demi keselamatan dan kedaulatan negara.
Penyampaian hala tuju kepimpinan ini adalah signifikan dalam memperkasa barisan kepimpinan PTB Kanan TLDB, khususnya Sarjan-Sarjan Mejar, Pegawai-Pegawai Waran serta Bintara Kanan, sebagai pembimbing dan mentor utama kepada PTB-PTB Rendah. Ini merupakan asas penting dalam membentuk dan membangunkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa, berintegriti dan berdaya tahan, bagi memastikan kesinambungan kepimpinan serta keberkesanan organisasi Tentera Laut Diraja Brunei akan sentiasa berterusan.