Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KDB DARUTTAQWA SAMBUT ULANG TAHUN KE-11

MUARA, RABU, 01 OKTOBER 2025 – KDB DARUTTAQWA telah menyambut ulang tahun yang ke-11 dengan acara petang khas yang dihadiri oleh pegawai, anggota, serta mantan Pegawai Pemerintah kapal tersebut. Sambutan dimulakan dengan Solat Sunat Hajat dan Solat Asar di Surau Al-Huda TLDB, diikuti dengan bacaan doa memohon keberkatan dan perlindungan. Majlis kemudiannya diteruskan di Mes PTB Kanan TLDB, di mana warga kapal bersama mantan Pegawai Pemerintah kapal berkumpul dalam suasana mesra.

Antara acara kemuncak pada petang tersebut ialah majlis memotong kek bersama Pegawai Pemerintah pertama KDB DARUTTAQWA, yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pemerintah TLDB, Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, bersama Pegawai Pemerintah pada masa ini, Leftenan Komander Mohd Aliashim bin Alias, TLDB. Acara turut diserikan dengan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar ramai bersama krew KDB DARUTTAQWA.

Sepanjang lebih satu dekad, KDB DARUTTAQWA dan krewnya telah mewakili Tentera Laut Diraja Brunei dengan penuh kebanggaan dalam pelbagai penglibatan serantau, termasuk Eksesais Multilateral ASEAN (AMNEX) di Thailand (2017) dan Singapura (2025), International Fleet Review di Republik Korea (2018), Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA’19) di Malaysia (2019), Eksesais Tentera Laut ASEAN-Rusia (ARNEX) di Indonesia (2021), Eksesais Multilateral ASEAN di Filipina (2023), serta Eksesais PENGUIN bersama Tentera Laut Diraja Australia di Brunei (2025).

Sambutan ini bukan sahaja meraikan pencapaian KDB DARUTTAQWA, malah mengukuhkan lagi semangat setiakawan dalam kalangan pegawai dan anggota, mencerminkan nilai murni kerjasama, keimanan dan perpaduan yang terus menjadi tunjang kepada motonya: Strength, Honor, and Unity.

———

KDB DARUTTAQWA CELEBRATES 11 YEARS OF SERVICE

MUARA, WEDNESDAY, 01 OCTOBER 2025 – KDB DARUTTAQWA marked her 11th year of service with a special afternoon programme attended by officers, sailors, and former Commanding Officers. The commemoration began with Solat Sunat Hajat and Solat Asar at Surau Al-Huda, followed by a doa recitation seeking blessings and protection. The celebration continued at the RBN Senior Rates' Mess, where the ship’s company and former Commanding Officers gathered in fellowship.

The highlights of the afternoon included a cake-cutting ceremony with KDB DARUTTAQWA’s first Commanding Officer, now Deputy Commander of the Royal Brunei Navy, Captain Khairil Haji Abdul Rahman, RBN, alongside the current Commanding Officer, Lieutenant Commander Mohd Aliashim bin Alias, RBN. The programme also featured a gift presentation and a group photo with the current crew.

Over the past decade, KDB DARUTTAQWA and her crew have proudly represented the Royal Brunei Navy in numerous regional engagements, including the ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX) in Thailand (2017) and Singapore (2025), the International Fleet Review in the Republic of Korea (2018), the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA’19) in Malaysia (2019), the ASEAN-Russian Naval Exercise (ARNEX) in Indonesia (2021), the ASEAN Multilateral Naval Exercise in the Philippines (2023), and Exercise PENGUIN with the Royal Australian Navy in Brunei (2025).

This commemoration not only celebrated KDB DARUTTAQWA’s accomplishments but also reinforced the spirit of camaraderie among officers and sailors, reflecting the enduring values of teamwork, faith, and unity that uphold her motto: Strength, Honor, and Unity.