Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PEGAWAI TLDB TINGKATKAN KEPAKARAN UNDANG-UNDANG MARITIM DI LATIHAN ANCORS KALI KELIMA

MUARA, BRUNEI DARUSSALAM, 4 SEPTEMBER 2025 – Pegawai-pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menyertai Latihan Undang-Undang Laut ANCORS Kali Kelima yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Brunei Darussalam dari 1 hingga 4 September 2025.

Latihan ini dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) dan dikendalikan oleh pakar terkemuka, Profesor Stuart Kaye dan Dr. Leonardo Bernard daripada ANCORS, Universiti Wollongong.

Selama empat hari, program ini turut menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai agensi utama negara termasuk Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri, Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei, Pihak Berkuasa Petroleum, Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, serta Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD).

Latihan ini merangkumi isu-isu maritim penting seperti garisan dasar, zon bidang kuasa, lanun, hot pursuit, operasi “grey zone”, pemasangan luar pesisir, serta penyelesaian pertikaian di bawah UNCLOS, sekali gus meningkatkan pemahaman peserta mengenai undang-undang laut antarabangsa dan menggalakkan kerjasama antara agensi.

Bagi TLDB, latihan ini amat penting kerana ia memperkukuhkan keupayaan pegawai dalam mentafsir dan mengaplikasikan undang-undang maritim demi menyokong kedaulatan negara, operasi keselamatan maritim.

_ _ _ 

MUARA, BRUNEI DARUSSALAM, 4 SEPTEMBER 2025 – Officers from the Royal Brunei Navy (RBN) successfully participated in the Fifth Australian National Centre for Ocean Resources and Security (ANCORS) Law of the Sea Training, held at the International Convention Centre (ICC), Brunei Darussalam, from 1 to 4 September 2025.

Organised by the Ministry of Foreign Affairs (MFA), the training was conducted by renowned experts, Professor Stuart Kaye and Dr. Leonardo Bernard, from the ANCORS, University of Wollongong.

The four-day programme brought together participants from key national agencies including the Attorney General’s Chambers, Prime Minister’s Office, Royal Brunei Police Force Marine Unit, Petroleum Authority, Department of Fisheries, Department of Environment, Parks and Recreation, and the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam.

Covering critical maritime issues such as maritime baselines, jurisdictional zones, piracy, hot pursuit, grey zone operations, offshore installations, and dispute settlement under UNCLOS, the training enhanced participants’ understanding of international maritime law and promoted cross-agency cooperation.

For the RBN, this training is particularly significant as it strengthens officers’ ability to interpret and apply maritime law in support of national sovereignty, maritime security operations.