Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TIGA ANGGOTA TLDB DIRAIKAN DALAM MAJLIS SEMPENA PENGISLAMAN ANGGOTA ABDB 2024–2025

MUARA, JUMAAT, 25 JULAI 2025 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan satu majlis penuh makna di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB Muara bagi meraikan warga ABDB yang telah memeluk agama Islam antara tahun 2024 hingga 2025. Antara yang diraikan termasuk tiga orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), menandakan detik penting dalam perjalanan kerohanian mereka.


Majlis diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah TLDB, Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, bersama ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan TLDB, wakil Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga anggota yang diraikan.

Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Mu’minun oleh 52977 Lans Koperal Zainul Ariffin bin Haji Haminuddin, Pembantu Pengajian Islam dan Perkembangan Al-Quran, Pejabat Terbiyyah Agama, JAMA’AT. Majlis turut diserikan dengan bacaan Asmaul Husna, Selawat Tafrijiyyah, Dikir Marhaban dan adat menabur bunga rampai, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada anggota yang diraikan.

Majlis diberkati dengan Doa Khusus yang dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah JAMA’AT. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai, solat fardhu Asar berjemaah serta bacaan Selawat Qiam.

———

THREE RBN PERSONNEL HONOURED IN RBAF CONVERSION TO ISLAM CEREMONY 2024–2025

MUARA, FRIDAY, 25 JULY 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a meaningful ceremony at Surau Al-Huda, Muara Naval Base to honour its personnel who embraced Islam between 2024 and 2025. Among those celebrated were three personnel from the Royal Brunei Navy (RBN), marking a significant spiritual milestone in their lives.

The ceremony was graced by the Guest of Honour, Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also in attendance were the Commander of RBN, Captain Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, along with senior officers from the RBAF Executive Committee, RBN Executive Committee, representatives from the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs, officers and personnel from the Ministry of Defence, and family members of the celebrated converts.

The event began with the recitation of verses from Surah Al-Mu’minun by 52977 Lance Corporal Zainul Ariffin bin Haji Haminuddin, Assistant to Islamic Studies and Al-Quran Development, Religious Education Office, JAMA’AT. It was followed by the recitation of Asmaul Husna, Selawat Tafrijiyyah, Dikir Marhaban, and the traditional bunga rampai ritual. Souvenirs were then presented to the celebrated personnel.

To bless the occasion, a special Doa was recited by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of JAMA’AT. The event concluded with a group photo, congregational Fardhu ‘Asr prayer, and Selawat Qiam.