PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 SEPTEMBER 2025 – Seramai 12 anggota berpangkat Laskar Kanan dan 22 anggota berpangkat Laskar Muda daripada Tentera Laut Diraja Brunei telah menamatkan Kursus Lanjutan Pertahanan Pangkalan dan Kursus Pertengahan Pertahanan Pangkalan Sesi 2025 yang berlangsung selama 7 minggu. Majlis penutup yang berlangsung di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Leftenan Komander Dk Lyadia Ulandari binti Pg Hj Muhammad, TLDB.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah mempelajari Ilmu Tipu Helah Perang serta Keselamatan Dalam Negeri. Kursus tersebut turut merangkumi eksesais akhir yang digelar Eksesais Panglima Sauh selama 5 hari, yang merupakan komponen penting dalam program latihan mereka bagi membekalkan kemahiran asas untuk beroperasi dengan berkesan di kawasan bandar.
Antara senario kompleks yang dilaksanakan dalam latihan ini termasuklah Kawalan Tempat Mustahak, Sekatan Jalan Raya, Penyuraian Rusuhan, Pengiring VIP, serta Serangan Bangunan.
——-
34 RBN PERSONNEL COMPLETED THE BASE DEFENCE ADVANCE AND INTERMEDIATE COURSE SESSION 2025
PENANJONG GARISON, THURSDAY, 18 SEPTEMBER 2025 – 12 Leading Hand and 22 Able Rate of the Royal Brunei Navy respectively completed the 7-week Base Defence Advance Course and Base Defence Intermediate Course Session 2025. The closing ceremony, held at the FIBUA Complex, Penanjong Garrison, was graced by Guest of Honor, Lieutenant Commander Dk Lyadia Ulandari binti Pg Hj Muhammad, RBN.
Throughout the course, the participants learnt tactics and technique procedures, as well as stability operations. The course also featured a 5-day field exercise called Exercise Panglima Sauh, a critical component of the training programme that provided participants with essential skills to operate effectively in urban environments.
The training involved a variety of complex scenarios, including establishing and defending Key Point Guards, Vehicle Checkpoints, Anti-Riot operations, VIP Escorts, and Building Assaults.