MUARA, JUMAAT, 19 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Eksesais Souteast Asia Cooperation and Training 2025 (EKS SEACAT 2025) yang telah berlangsung dari 08 hingga 19 September 2025. Latihan ini melibatkan penyertaan daripada Pusat Gerakan Laut TLDB (PGL TLDB) serta aset-aset TLDB iaitu KDB DARUSSALAM (PV-80) dan KDB AL-FARUQ (PV-60) yang di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Negara Brunei Darussalam (ZEE NBD).
EKS SEACAT 2025 merupakan satu platform penting bagi TLDB untuk memperkukuhkan interoperabiliti dan perkongsian maklumat antara angkatan tentera laut sahabat serantau dan antarabangsa, terutamanya melalui kerjasama antara pusat-pusat gerakan laut masing-masing.
EKS SEACAT 2025 merupakan satu platfom penting bagi Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) untuk memperkukuh interoperabiliti dan perkongsian maklumat dengan tentera laut lain, dengan fokus tahun ini tertumpu kepada meningkatkan interoperabiliti antara Pusat Operasi Tentera Laut (OPCEN) masing-masing. Melalui gabungan fasa pangkalan dan fasa laut, latihan ini bertujuan untuk meningkatkan Maritime Domain Awareness (MDA) melalui pengumpulan maklumat dan data, analisis, penilaian dan pengagihan maklumat bagi menangani pelbagai ancaman maritim rentas sempadan/transnasional serta aktiviti-aktiviti haram dan menyalahi undang-undang.
EKS SEACAT 2025 dimulakan dengan Kursus SeaVision (SV) selama dua hari yang telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dan anggota TLDB bagi memperkenalkan aplikasi tersebut. Latihan ini merangkumi aspek-aspek pengesanan dan pengumpulan data kapal, pola cuaca, serta perkongsian maklumat diantara pusat-pusat gerakan laut angkatan-angkatan Tentera Laut sahabat serantau dan antarabangsa dan diteruskan lagi dengan Fasa Laut selama dua minggu yangmana PGL TLDB dan aset-aset maritim TLDB telah melaksanakan latihan-latihan praktikal di laut.
Penyertaan TLDB dalam EKS SEACAT 2025 telah menunjukkan komitmen berterusan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terhadap keselamatan maritim serantau, kerjasama pertahanan dan diplomasi pertahanan. TLDB akan sentiasa memainkan peranan aktif dalam mempromosikan keamanan, kestabilan dan keselamatan maritim di peringkat serantau dan antarabangsa sambil memperkukuhkan hubungan dengan angkatan-angkatan tentera laut sahabat serta rakan maritim yang lain.
———
Royal Brunei Navy Joins EX SEACAT 2025
MUARA, FRIDAY, 19 SEPTEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) participated in the Exercise Southeast Asia Cooperation and Training 2025 (EX SEACAT 2025) that was held from 08 to 19 September 2025 with exercise participants from RBN Naval Operation Centre (RBN NOC), PV-80 KDB DARUSSALAM and PV-60 KDB AL-FARUQ.
EX SEACAT 2025 provides a crucial platform for the RBN to strengthen interoperability and information-sharing amongst other navies, with this year’s focusing on interoperability between respective Naval Operation Centres (OPCENs). Through a combination of shore and sea-phase training scenarios, this exercise is designed to improve Maritime Domain Awareness (MDA) through information and data collection, analysis, assessments and distribution to respond accordingly to a wide range of transboundary/transnational maritime threats and illegal activities.
EX SEACAT 2025 began with a two-day SeaVision (SV) Training attended by RBN Officers and personnel to familiarize with web-based MDA application such as vessel detection and information collection, weather patterns and information sharing amongst regional and international Naval OPCENs. This was then followed by a two-weeks sea phase where participating Naval OPCENs including RBN NOC and RBN assets conducting practical training at sea.
RBN’s participation in EX SEACAT 2025 underscores Royal Brunei Armed Forces (RBAF) commitment to regional maritime security, cooperation and Defence Diplomacy and will continue to play active roles in promoting regional and international maritime peace, stability and security while strengthening ties amongst other navies and maritime partners.




