MUARA, KHAMIS, 24 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Bakti Dewa Jerudong yang melibatkan seramai 90 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring.

Rombongan disambut setibanya di Mes PTB Kanan TLDB, di mana sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil pegawai TLDB, diikuti dengan sesi bergambar ramai dan penyampaian cendera hati kenang-kengangan. Para pelajar kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama mengunjungi pameran statik yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Pangkalan dan Grup Tindakan Permukaan Laut di Mes PTB Kanan, manakala kumpulan kedua berpeluang melawat dan menaiki Kapal Diraja Brunei, KDB DARUSSALAM. Sesi seterusnya menyaksikan pertukaran kumpulan, membolehkan semua pelajar merasai kedua-dua aktiviti lawatan yang disediakan.
Lawatan ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan para pelajar kepada peranan, tanggungjawab serta kemudahan yang terdapat di TLDB. Ia juga diharap dapat menyemai semangat cintakan negara, memperkasa ilmu pengetahuan berkaitan ketenteraan laut, dan mencetuskan ilham baharu dalam kalangan generasi muda sebagai pelapis masa depan negara.
———
ROYAL BRUNEI NAVY WELCOMES VISIT FROM BAKTI DEWA SCHOOL JERUDONG
MUARA, THURSDAY, 24 JULY 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) welcomed a visit from Bakti Dewa School Jerudong, involving 90 students and 10 accompanying teachers.
The delegation was received upon arrival at the Senior Non-Commissioned Officers’ Mess, where the visit began with welcoming remarks delivered by a representative from RBN, followed by a group photo session and presentation of memento. The students were then divided into two groups.
The first group explored a static exhibition hosted by the Base Defence Department and  the Naval Surface Action Group at the Mess, while the second group had the opportunity to board and tour the Royal Brunei Navy ship, KDB DARUSSALAM. The groups then switched activities, allowing all students to experience both aspects of the visit.
The visit aimed to introduce students to the roles, responsibilities, and facilities of the Royal Brunei Navy. It also served to instil a sense of patriotism, enhance their understanding of naval defence, and inspire new ideas among the younger generation as future contributors to the nation.